Dato' Seri Anwar Ibrahim. |
Apabila seks menjadi senjata politik.
Gila dan memang gila. Politik negara kita semakin gila. Jauh lebih gila berbanding politik di Israel.
Apa tidaknya, hari ini seks dijadikan senjata untuk memusnahkan dan menamatkan hayat politik seseorang tokoh politik.
Sekitar tahun 1995 pemimpin pemuda PAS Mohamad Sabu cuba ditamatkan hayat politiknya dengan kisah khalwat. Beliau yang kini merupakan Presiden Parti Amanah dikatakan berkhalwat dengan isteri orang.
Dato Seri Anwar Ibrahim digulingkan kedudukannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dengan bersenjatakan seks. Bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) tersebut dikaitkan dengan kes liwat.
Selepas dibebaskan dari tahanan, beliau dikaitkan pula dengan aksi seks oleh trio Dato' T. Videonya tersebar luas ke seluruh negara, malah mungkin ke seantero dunia. Beliau dipenjarakan sekali lagi atas tuduhan meliwat Saiful.
Ustaz Badrul Amin, yang juga seorang aktivis PKR tidak terkecuali daripada jerat seks. Beliau didapati berkhalwat dengan seorang gadis di bilik hotel di Kuantan.
Bekas Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali juga cuba dinoktahkan hayat politiknya melalui senjata seks. Video 'Mustafa Ali' dengan pelacur berketurunan Arab tersebar luas.
Kini nasib yang sama menimpa Tan Sri Muhyiddin Yassin. Bekas Timbalan Perdana Menteri itu juga cuba dikaitkan dengan salah laku seks. Anehnya, ini semua tersimpan rapi ketika beliau bersama UMNO.
Terbaru, tersebar pula dakwaan salah laku seks melibatkan pemimpin PAS, Ustaz Mokhtar Senik dengan wanita bernama felah.
Hairannya, ramai pula penyokong Pakatan Harapan yang percaya dengan fitnah ini. Kenapa mereka percaya, ini kerana PAS tidak lagi bersama pakatan pembangkang. Pelik sungguh, sebab jika mereka percaya salah laku seks Ustaz Mohktar Senik mereka juga wajib percaya dengan salah laku seks Anwar Ibrahim.