Itu soal Nik Aziz. Begitulah respons Tan Sri Muhyiddin Yassin, apabila ditanya mengenai kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat bahawa beliau tidak kisah jika DAP keluar daripada pakatan pembangkang jika tidak setuju dengan pendirian Pas mengenai pembentukan negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.
Beliau berkata, sejak duhulu lagi, Pas dan DAP tidak sepakat dalam banyak perkara walaupun mereka berada dalam sebuah pakatan pembangkang.
“Sebab itu, kita katakan mereka bukan perkongsian yang murni... tidur satu bantal tapi mimpi lain-lain. Itu kita dah tahu dari dulu lagi. Mereka mungkin retak menunggu belah... bila sampai ketika, akan bertembunglah kepentingan itu dan inilah yang kita lihat ia berlaku.
Hari ini, UMNO diasak separuh mati oleh rakan-rakan komponen Barisan Nasional. Asakan ini biasa membuatkan UMNO rebah dan mampus. Asakan dan desakan paling hebat datangnya daripada Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek( pelakon lucah terkenal). Pelakon lucah ini telah memberi amaran akan meninggalkan Barisan Nasional, andainya UMNO menyokong Hudud.
Ulasan Jiwa Hamba:
Kepada umat islam, terutamanya orang Melayu, sedarlah betapa dayusnya pemimpin UMNO. Mereka lebih mengutamakan kuasa dan kekuasaan berbanding agama dan keagamaan. UMNO sepatutnya lebih lantang menyuarakan pendirian tentang perlaksanaan hokum Hudud ini kerana UMNO adalah komponen utama di dalam Pakatan Barisan Nasional yang kini menguasai Putrajaya. Kalau Tuan Guru Nik Aziz sanggup kehilangan DAP demi hudud, mengapa pula Muhyidin dan pemimpin UMNO takut kehilangan MCA demi matlamat yang sama.
Kepada penganut agama-agama yang lain, percayalah juga UMNO/BN adalah musuh setiap agama. UMNO terutamanya begitu gigih merestui golongan racis perkauman di Malaysia seperti PERKASA. Jangan kamu lupa, wahai sahabaku dari golongan bukan islam. Ingatlah siapa yang memijak kepala lembu dengan niat menghina penganut HINDU kalau bukan anjing-anjing UMNO. Siapa yang ingin melancarkan peperangan dan membunuh penganut-penganut Krisitan, kalau bukan PERKASA yang turut dianggotai oleh anjing-anjing UMNO. Lihat SINI untuk info tentang perkara ini.
1 ulasan:
surah Al Hujurat ayat 6?:
"Wahai orang-orang yang beriman ketika datang kepada kalian orang yang fasik dengan membawa suatu berita maka tabayunlah (mencari kebenaran berita)"
Catat Ulasan