Sabtu, 17 September 2011

Edisi Siasat : Bongkar Skandal Sulit UMNO dan Komunis.



UMNO dan KOMUNIS bukan sahaja rapat dan akrab malah mereka pernah bersekedudukan.

Di Malaysia, UMNO yang dipimpin oleh suami Rasmah Mansor(dikenali juga sebagai Mat Monggol) kelihatannya amat membenci Komunis. Baguslah, memang perlu umat islam membenci komunis sebab idealogi komunis memang bercanggah dengan islam dan mana-mana agama.

Tapi,para pemimpin United Malays No Otak(UMNO) ni silap dalam menyalak. Yang Mat Sabu bangkit memperjuangkan kembali kisah pejuang-pejuang berhaluan kiri yang dipinggirkan, juga pemurnian kisah Mat Indera. Mat Sabu dan PAS tidak pernah merestui, apatah lagi menghalalkan perjuangan yang berasakan idealogi komunis.

Disebabkan kebanyakkan pemimpin United Malays No Otak ni masih belum Mumayiz,jauh sekali akil baligh, maka perlulah aku bercerita tentang tindakan MB Kelantan pada tahun 2004 yang tidak merestui Syed Husin Ali-Timbalan Presiden PKR daripada bertanding di Parlimen Kota Bharu. Ini kerana Dr Syed Husin Ali adalah bekas pemimpin utama Parti Rakyat Malaysia yang berfahaman Sosialis. Jika berfahaman Sosialis pun Mursyidul Am Pas tak izinkan, inikan pula Komunis. Sebab, Sosialis itu ibarat kentut dan Komunis pula ibarat tahi.

Sekarang mari kita lihat skandal sulit antara UMNO dan Komunis. Pertama,UMNO bertindak kejam terhadap anak-anak Melayu yang turut serta dalam jihad memerangi Soviet Union di Afghanistan. Semua tahu antara pejuang-pejuang islam yang berbangsa Melayu itu adalah Nik Adli bin Nik Aziz. Tapi UMNO durjana telah bertindak kejam dengan menangkap dan menghumban anak MB Kelantan ini mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri(ISA). Selain Nik Adli, seorang lagi Mujahidin Melayu yang turut serta memerangi Komunis Soviet union di Afghanistan ialah Zainon Ismail. Beliau juga turut dikenakan tahanan ISA.

Selain itu, terdapat dua orang anak Melayu yang gugur syahid ketika menentang komunis Soviet Union di Afghanistan. Mereka ialah Abdul Aziz Samad dan Fauzi Ismail.

Wahai UMNO durjana, mereka ini sanggup meninggalkan keluarga dan kesenangan hidup untuk membebaskan bumi islam Afghanistan dari cengkaman komunis Soviet Union, tapi kau telah bertindak kejam terhadap mereka. Kau ISAkan mereka dan kau langsung tidak mengenang jasa mereka yang terkorban. Aku bukan mengharapkan anugerah Datuk mahupun Tan Sri kepada mereka,tapi cukuplah jika kau tidak melabelkan mereka sebagai pengganas atau militan.Kau memang bangsat wahai UMNO.

Skandal sulit kedua yang melibatkan UMNO dan Komunis ialah apabila United Malays No Otak(UMNO) dan Parti Komunis China(CPC) menandatangani MoU di Beijing pada 4 Ogos 2010. Matlamat MoU ini ialah bagi membolehkan penukaran pemimpin(selain maklumat) di semua peringkat bagi mengetahui perjalanan parti masing-masing,baik di China atau di Malaysia.

Bila perkara ini didedahkan kepada umum, maka ‘berfirmanlah’ Najib “Komunis dulu lain dan komunis sekarang lain.” Mangkuk punya Najib, sepatutnya kau kata “ UMNO dulu lain dan UMNO sekarang lain. Presiden UMNO dulu suka gadis tempatan dan Presiden UMNO sekarang suka gadis Monggol.”

Wahai suami Rasmah yang bernama Najib, mari kita ceritakan kepadamu, tentang kekejaman Komunis China terhadap umat islam di China terutamanya terhadap umat islam di wilayah Xinjiang. Apa kau ingat kekajaman Komunis China terhenti setakat Revolusi Kebudayaan 1966-1968. Di mana kau wahai suami Rasmah ketika kerajaan Komunis China bertindak kejam terhadap umat islam Xinjiang pada tahun 2009. Atau mungkinkah kau belum dilahirkan pada tahun 2009. Tahukah kamu wahai suami Rasmah, Komunis China juga menghalang umat islam di Xinjiang dari menunaikan puasa.

Hampeh kau Najib. So, tak perlulah kau menafikan skandal sulit tahap ‘bersekedudukan’ antara parti yang kau pimpin dengan komunis.


Hasan Ali nafi spekulasi masuk Umno




Exco Kerajaan Selangor Datuk Dr Hasan Ali hari ini menafikan dakwaan dalam blog bahawa beliau akan keluar PAS dan menyertai Umno.

Beliau yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat, menyifatkan dakwaan tersebut, bersifat "spekulasi".

"Saya bersama dengan PAS dan yakin dengan perjuangan PAS kerana slogannya kepimpinan ulamanya yang memanggil Hasan Ali menyertai PAS.

"Kedua, bukan sahaja kerana kepimpinan Ulama, (tapi PAS) nak menegakkan negara Islam yang berpaksikan Al-Quran, Al-Sunnah, Ijmak Ulama dan Qias," katanya dalam sidang media di kediamannya hari ini.
Sehubungan itu, beliau sekali lagi dengan tegas, menafikan akan menyertai Umno.

Katanya lagi, sehingga semalam beliau mendapat tidak kurang 15 panggilkan telefon dan 25 SMS bertanyakan berhubung perkara tersebut.

Hasan turut menafikan dakwaan bahawa berjumpa dengan Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk berbuat demikian.

"Tidak ada perjumpaan. Saya tidak pernah berjumpa dan tidak ada rancangan untuk berjumpa.

"Mungkin ada orang lain yang berjumpa, mungkin Hasan lain, Hassan putu mayung ka...(Tapi) bukan Hasan Ali," katanya berseloroh.

Hasan yang juga ADUN Gombak Setia menolak dakwaan dalam media dan blog bahawa sebelum ini pernah menganggotai atau berkecimpung dengan Umno.

"Saya tidak pernah sebarang masa, sebarang ketika berkecimpung dalam Umno dan tidak pernah berniat untuk berkecimpung dalam Umno.
"Semoga penjelasan ini, dapat diberitahu kepada mereka yang ingin mengetahuinya, saya rasa dapat meredakan spekulasi-spekulasi yang sedemikian.

"Saya tidak berkata spekulasi ini berniat jahat, saya tidak kata spekulasi ini mahu menimbulkan ketegangan mana-mana pihak, tetapi saya rasa, redakanlah.

"Kalau kamu tidak dapat daripada 'horse mouth' (dari mulut saya tentang perkara itu), janganlah mereka mewakili kuda-kuda itu untuk bercakap," katanya.

Ditanya mengapa desas-desus untuk menyertai Umno selalu dikaitkan dengannya, Hasan berkata macam-macam orang boleh mendakwa sedemikian terhadapnya.

"Saya public figure, macam-macam orang dakwa...Ia kena keluar dari mulut saya. Selagi tidak keluar dari mulut saya, kenapa perlu diwakil-wakilkan," katanya.
Lebih lanjut sila lihat : SINI
Ulasan Jiwa Hamba:
Harap-harap dengan pendedahan Dr Hassan Ali ini,tidak ada lagi mulut-mulut celupar yang cuba mencipta kekeruhan dalam PAS. Sebelum ini terdapat blogger tertentu yang menuduh Dr Hassan Ali dan YB Nasharudin Mat Isa sebagai bakal mengkhianati PAS dan menyertai UMNO. Cuma, andainya ini berlaku, ia tidak merugikan PAS sebab PAS pernah kehilangan Pahlawan-pahlawannya  terhebatnya  sebelum seperti Allahyarham Dato Asri  Haji Muda dan Ustaz Nakhaie Haji Ahmad

Jumaat, 16 September 2011

Laporan Polis Terhadap Zainal Kling



Pemuda PAS hari ini membuat laopran polis terhadap Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosiobudaya, Majlis Professor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Zainal Kling berhubung kenyataannya bahawa Tanah Melayu tidak pernah terjajah.

Ketua dewan itu Nasrudin Hassan berkata, laporan itu dibuat pada jam 2.30 tadi di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi oleh setiausahanya Khairul Faizi Ahmad Kamil.

Menurut salinan repot yang dihantar kepada media, Pemuda PAS mendakwa kenyataan itu mengganggugugat kestabilan dan mengelirukan masyarakat yang sekian lama diajar bahawa British penjajah.

Kenyataan ini juga sekali gus menafikan pengorbanan para pejuang-pejuang kemerdekaan tanahair yang telah mempertaruhkan nyawa seperti Tok Janggut, Mat Kilau, Dato' Bahaman, Dol Said, Rosli Dobi dan lain-lain.

Pemuda PAS juga mengesyaki terdapat agenda tersembunyi yang dirancang pihak tertentu di sebalik kenyataan itu, bertujuan menggugat keharmonian dan mewujudkan kegusaran masyarakat bagi mengalih perhatian terhadap isu-isu lain, tambah pengadu.

Sayap kanan PAS itu menuntut Dr Zainal disiasat dan didakwa di mahkamah kerana didakwa jelas melakukan kesalahan bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan.

Seskyen itu meliputi kesalahan mengeluarkan kenyataan atau berita menimbulkan kegusaran, kekeliruan dan mengganggu ketenteraman awam yang boleh mendorong dan/atau mengapikan mana-mana pihak untuk melakukan sesuatu kesalahan yang bertentangan dengan undang-undang.

Lebih Lanjut Sila Baca :Malaysia Kini

Ulasan Jiwa Hamba:
Elok benar laporan dibuat terhadap Zainal a/l Kling ni. Mangkuk tu sangat biadap dengan ‘menyembah’ dan ‘memuja’ British. Melalui kenyataan Zainal a/l Kling, kita dapati beliau sedang mencuba untuk menafikan pengorbanan para pejuang-pejuang kemerdekaan tanahair yang telah mempertaruhkan nyawa seperti Tok Janggut, Mat Kilau, Dato' Bahaman, Dol Said, Rosli Dobi dan lain-lain.
Sepatutnya semua pihak termasuk NGO mengambil tindakan yang sama dengan PAS, iaitu membuat laporan polis agar Zaina a/l Keling dikenakan tindakan undang-undang. Lagi bagus kalau dilucut terus taraf kewarganegraannya.

Setakat ini, dalam kalangan NGO,hanyalah Teras Pengupayaan Melayu (TERAS), Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia(PKPIM) juga turut membantah pandangan Zainal Kling. Mana pergi PERKASA? Mungkin PERKASA telah diPERKOSA.

Selasa, 13 September 2011

Pelajar Tingkatan Lima, Antara Suspek Kes Samun Restoran Mamak.

(gambar ni hiasan semata-mata & xde kena mengena)

SHAH ALAM: Polis Selangor menahan lapan lelaki termasuk dua pelajar Tingkatan Lima dan dua pengawal keselamatan sebagai suspek rompakan bersenjata secara berkumpulan di dua buah restoran mamak pada 28 Ogos dan 8 September lalu di sini.

Lebih lanjut sila baca kat SINI.

Ulasan Jiwa Hamba :
Banggang punya budak, orang suruh belajar dia pergi merompak. Ini semua gara-gara belajar sejarah. Sebab Sejarah Malaysia hari ini mengiktiraf perompak sebagai penaung dan pelindung. British yang merompak hasil bumi Tanah Melayu, dianggap wira yang Maha Melindungi oleh Zainal a/l Keling.

Isnin, 12 September 2011

Ahmad Sarbaini mati mengejut: Kata SPRM


Keputusan inkues berhubung kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbaini Mohamed, perlu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah, mewakili Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam inkues itu berkata, tiada sedikitpun keterangan untuk mencadangkan bahawa kematian beliau disebabkan dibunuh atau terdapat pembabitan pihak ketiga seperti didakwa seorang peguam bagi keluarga itu, Awtar Singh.

Muhammad Shafee juga menjelaskan bahawa analisis DNA menunjukkan tiada pembabitan pihak ketiga berhubung kematian mangsa.

"Ketidakhadiran keterangan DNA mengaitkan mana-mana pegawai SPRM kepada kematian Ahmad Sarbaini dan ketidakhadiran luka akibat mempertahankan diri ke atas mangsa jelas menunjukkan bahawa tiada pegawai SPRM yang terbabit secara jenayah berhubung kematian mangsa. Oleh itu, kami merumuskan bahawa keputusan adalah disebabkan kematian mengejut," katanya.

Dalam penghujahan secara bertulis 112 halaman kepada Koroner Aizatul Akmal Maharani yang mendengar inkues itu, Muhammad Shafee berkata, tiada secebis bukti bahawa mangsa didera secara fizikal atau mendapat layanan yang teruk ketika kenyataannya direkodkan pegawai SPRM pada 4 April atau pada hari kematiannya pada 6 April 2011.

Muhammad Shafee berkata, terdapat keterangan yang lebih daripada mencukupi bagi menunjukkan bahawa Ahmad Sarbaini dengan kerelaannya, keluar daripada tingkap pantri di tingkat tiga bangunan SPRM.

Ia termasuk keterangan patologi forensik yang menunjukkan bahawa keadaan di pantri itu tidak mencadangkan berlaku pergelutan dan begitu juga dengan keterangan yang menunjukkan bahawa semua kecederaan yang dialami Ahmad Sarbaini secara konsisten adalah kerana jatuh dari tempat tinggi, kata Muhammad Shafee.
Beliau berkata, kematian Ahmad Sarbaini disebabkan kecederaan teruk di kepala dan kedudukan asfiksia seperti yang diputuskan ahli patologi forensik Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Madya Dr Faridah Mohd Noor dan Dr Shahrom Abdul Wahid melalui laporan mereka dan keterangan mereka ketika prosiding inkues itu.

Muhammad Shafee berkata, mangsa mati selepas jatuh dari belebas tingkap di tingkat tiga tingkat bilik pantri dan ditemui mati di tingkat satu pejabat SPRM Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane.

"Keterangan meletakkan mangsa di luar tingkap dan ada keterangan yang cenderung menunjukkan bahawa mangsa cuba untuk melompat ke bumbung yang terletak di sebelah kanan tetapi hilang imbangan. Beliau tergelincir dan jatuh lalu mati," kata Muhammad Shafee.

Beliau berkata, ketiadaan tanda pergelutan di pantri dan luka kerana mempertahankan diri pada mangsa menunjukkan beliau tidak dipaksa keluar daripada tingkat tiga tingkap bilik pantri.

Muhammad Shafee juga menjelaskan bahawa SPRM tidak mempunyai sebab untuk marah atau kecewa memandangkan bahawa mangsa bercadang untuk menukar kenyataannya pada 6 April 2011.

"Ini memandangkan bahawa mangsa tidak mungkin dapat menukar kenyataannya seperti yang dinyatakan oleh pegawai penyiasat SPRM, Abdul Ghani Ali ketika perjumpaan itu yang dipengerusikan oleh Penolong Pesuruhjaya SPRM, Mohamad Fauzi Husin pada hari itu (6 April).

"Awtar (peguam keluarga Ahmad Sarbaini) dan malah Raja Petra Kamaruddin (seorang penulis blog) melalui laman blognya, berkongsi sentimen yang sama bahawa SPRM begitu marah apabila mangsa bercadang menukar atau menarik balik kenyataannya," katanya.

Muhammad Shafee berkata, dalam kenyataannya, Abdul Ghani berkata, sepucuk surat representasi perlu ditulis kepada SPRM atau beliau jika seseorang itu mahu menukar atau menarik balik kenyataannya.

Sementara itu, dalam penghujahan bertulis 19 halaman, Awtar berkata, wujud elemen 'main kotor' oleh SPRM yang menyebabkan kematian Ahmad Sarbaini.

"Mungkin SPRM tidak berniat menyebabkan kecederaan kepada mangsa atau membunuhnya, tetapi terdapat elemen kecuaian dalam kes ini yang menyebabkan kematian Ahmad Sarbaini," katanya.

Awtar berkata, siasatan ke atas kematian Ahmad Sarbaini tidak begitu lengkap kerana banyak persoalan masih belum berjawab termasuk kenapa mangsa berada di luar tingkap.

Beliau berkata, keterangan yang dikemukakan jelas menunjukkan bahawa mangsa tidak cuba membunuh diri sendiri, dibunuh oleh seseorang atau mati secara mengejut.

"Tiada sebab bagi mangsa memanjat keluar tingkap memandangkan sebagai pelawat beliau boleh keluar dari bangunan SPRM pada bila-bila masa," katanya.

Koroner akan memutuskan pada 26 September mengenai inkues itu yang bermula pada 4 Julai dan berakhir 4 Ogos.

Hari ini, kedua-dua pihak bertemu Koroner Aizatul untuk mendapatkan penjelasan bagi penghujahan mereka yang dikemukakan kepada koroner pada 25 Oogos.

Bagaimanapun, koroner berkata, tiada keperluan bagi kedua-dua pihak itu untuk mendapatkan penjelasan berhubung penghujahan mereka kerana ia adalah sangat jelas.

Kertas penghujahan diedarkan kepada media hari ini

sumber :

Ulasan Jiwa Hamba:
Tak sangka sungguh mati mengejut sampai terjatuh bangunan. Dulu-dulu mati mengejut ni biasanya ketika tidur, tapi sekarang mati mengejut ni sungguh aneh. Jauhnya Ahmad Sarbani dtg untuk mati mengejut. Agak-agaknya Altantuya pun mati mengejut jugak kot. .