Isnin, 16 Januari 2017

Apabila Tun Mahathir berfatwa.

TUN MAHATHIR



Apabila Tun Mahathir berfatwa.

Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir suatu ketika dahulu terkenal sebagai seorang yang mempunyai pandangan yang jauh tersasar dari agama.

Malah, pernah beberapa kali ucapannya penuh dengan penghinaan terhadap agama. Antaranya ialah ketika Kerajaan Negeri Kelantan berhasrat ingin melaksanakan hukum hudud. Dengan selamba Tun Mahathir memperlekehkan dan menyindir hasrat kerajaan Negeri Kelantan melalui kata-katanya kalau ingin makan sup tangan datanglah ke Kelantan.

Begitu juga mengenai sunnah menyimpan janggut, Tun Mahathir mempersendakannya dengan hujah dangkalnya kononnya pada zaman Nabi Muhammad SAW, lelaki menyimpan janggut keramat waktu itu belum ada gillate.

Malah, beliau juga pernah mempersendakan tuntutan bertudung. Katanya, wanita Arab Jahiliah bertudung kerana lelaki-lelaki pada zaman itu kuat nafsunya.

Malah, jika diterokai pemikiran Tun Mahathir, kita akan dapati ia mempunyai banyak persamaan dengan pemikiran tokoh anti hadis Malaysia, Dr. Kassim Ahmad.

Tiba-tiba beberapa hari lepas, Tun Mahathir berubah menjadi cakna agama. Beliau memfatwakan BRIM sebagai rasuah dan haram hukumnya.

Walaupun beberapa orang Mufti menafikan dakwaan Tun Mahathir, namun agak ramai juga yang menelan bulat-bulat fatwa Tun Mahathir.

Marilah kita sama-sama tunggu dan lihat apakah fatwa Tun Mahathir yang seterusnya.

Tiada ulasan: