Sabtu, 24 September 2011

APABILA UMNO/BN TERCIRIT- BIRIT DAN TERBERAK-BERAK.




Sekarang baru tercirit birit dan terberak-berak. Cuba bayangkan Wanita Pertama Malaysia sedang terberak-berak. Hahaha,. UMNO/BN semakin nazak dan harap-harap tak lama lagi mampuslah parti warisan penjajah yang bernama UMNO tu. Hahahah.

Kepada pakcik-pakcik dan makcik- makcik yang beranggapan UMNO/BN tu parti ‘Maha Hebat’ cuba-cubalah buka mata. Kepada penyokong-penyokong UMNO/BN yang masih muda dan remaja, tapi takde mata, baik hang mampus sahaja. Hahaha. Hoi penyokong UMNO/BN, kalau hang ada mata, sila lihat data-data ini yang aku boldkan ini. Kalau tak nak lihat baik kau mampus saja.

Kerajaan Pakatan Selangor menambah simpanan tunai sebanyak RM200 juta dalam tempoh enam bulan ini, menjadikan jumlah terkumpul RM1,100 juta dan merupakan rekod kewangan paling baik dalam tempoh 28 tahun.

Menurut Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim, sejak 2008 hingga Jun 2011, Selangor telah berjaya menarik pelaburan berjumlah lebih RM35,000 juta.
Manakala sejak Januari hingga 30 Jun tahun ini sahaja, pelaburan di Selangor bernilai RM5,200 juta iaitu 18 peratus dari keseluruhan pelaburan di dalam negara.

Menurut Khalid, pelaburan tersebut terdiri dari pelaburan domestik sejumlah RM2,100 juta dan pelaburan asing berjumlah RM3,100 juta.

“Ini bermakna Selangor berada di tempat teratas dalam keseluruhan pelaburan di dalam negara,” katanya pada Majlis Santapan Malam anjuran Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan di Pusat Konvensyen Shah Alam, malam tadi.

Menurut Khalid, sebanyak 135 projek yang terdiri dari 89 projek baharu dan selebihnya 46 projek sedia ada, membuka sebanyak 10,000 peluang pekerjaan.

Ini bermakna, ujarnya, kerajaan Selangor sekarang bukan sahaja berjaya meningkatkan hasil negeri tetapi juga berjaya melaksanakan pengurusan kewangan dengan cekap dan berkesan.

Beliau berkata,sejak dasar “Merakyatkan Ekonomi Selangor” diperkenalkan 100 hari selepas menerajui pentadbiran Negeri Selangor,sejumlah RM500 juta telah disalurkan terus kepada rakyat Selangor.

Selain itu, katanya Skim Air Percuma 20 meter padu berjumlah melebihi RM387 juta, Skim Tabung Warisan (RM1.8 juta), Hadiah Anak Masuk Universiti (RM19 juta), Skim Usia Emas dan OKU (RM49 juta) dan Skim Mikro Kredit Luar Bandar dan Kemiskinan Bandar yang kini melebihi RM2 juta dan berbagai-bagai bantuan kemasyarakatan yang akan diberikan secara berterusan.

Rakyat Selangor juga, kata beliau menikmati hasil dari pengurusan hasil pasir yang kini dijalankan secara tersusun kerajaan negeri melalui anak syarikat kerajaan negeri yang memperoleh keuntungan RM12 juta setakat bulan Jun tahun ini.

Rujukan : SINI


ULASAN JIWA HAMBA:
Tanggapan hanya UMNO/BN yang mampu memerintah negara adalah karut semata-mata. Itu adalah fatwa yang dikeluarkan oleh penjajah British untuk memastikan anak emasnya yang bernama UMNO kekal memerintah buat selama-lamanya. Sesiapa sahaja yang mencintai negara perlulah berjuang untuk menamatkan hayat anak emas penjajah, iaitu UMNO.

GAMBAR SITI NORDIANA MEMAKAI TUDUNG

Siti Nordiana atau Nana memang tidak asing lagi dalam dunia hiburan Tanah Air. Populariti yang dikecapi sebagai artis terutamanya sewaktu menjadi rakan duet bersama Allahyarham Achik Spin menjadikannya antara artis kegilaan ramai.Selain itu beliau juga merupakan bekas isteri kepada pelakon, Allahyarham Faizal Yusof.

Nana yang dahulunya terkenal sebagai seksi, kini mulai berubah menuju redha Ilahi. Perubahan atau penghijrahan tersebut wajib disokongi oleh semua pihak. Di sini Jiwa Hamba ingin berkongsi gambar-gambar terbaru Nana.

















Sumber : Blogger Wanita

Jumaat, 23 September 2011

UMNO Lebih Mementingkan Kuasa Dari Agama.



Itu soal Nik Aziz. Begitulah respons Tan Sri Muhyiddin Yassin, apabila ditanya mengenai kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat bahawa beliau tidak kisah jika DAP keluar daripada pakatan pembangkang jika tidak setuju dengan pendirian Pas mengenai pembentukan negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.

Beliau berkata, sejak duhulu lagi, Pas dan DAP tidak sepakat dalam banyak perkara walaupun mereka berada dalam sebuah pakatan pembangkang.

“Sebab itu, kita katakan mereka bukan perkongsian yang murni... tidur satu bantal tapi mimpi lain-lain. Itu kita dah tahu dari dulu lagi. Mereka mungkin retak menunggu belah... bila sampai ketika, akan bertembunglah kepentingan itu dan inilah yang kita lihat ia berlaku.

Hari ini, UMNO diasak separuh mati oleh rakan-rakan komponen Barisan Nasional. Asakan ini biasa membuatkan UMNO rebah dan mampus. Asakan dan desakan paling hebat datangnya daripada Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek( pelakon lucah terkenal). Pelakon lucah ini telah memberi amaran akan meninggalkan Barisan Nasional, andainya UMNO menyokong Hudud.

Lebih Lanjut Sila Baca : SINAR HARIAN.


Ulasan Jiwa Hamba:
Kepada umat islam, terutamanya orang Melayu, sedarlah betapa dayusnya pemimpin UMNO. Mereka lebih mengutamakan kuasa dan kekuasaan berbanding agama dan keagamaan. UMNO sepatutnya lebih lantang menyuarakan pendirian tentang perlaksanaan hokum Hudud ini kerana UMNO adalah komponen utama di dalam Pakatan Barisan Nasional yang kini menguasai Putrajaya. Kalau Tuan Guru Nik Aziz sanggup kehilangan DAP demi hudud, mengapa pula Muhyidin dan pemimpin UMNO takut kehilangan MCA demi matlamat yang sama.

Kepada penganut agama-agama yang lain, percayalah juga UMNO/BN adalah musuh setiap agama. UMNO terutamanya begitu gigih merestui golongan racis perkauman di Malaysia seperti PERKASA. Jangan kamu lupa, wahai sahabaku dari golongan bukan islam. Ingatlah siapa yang memijak kepala lembu dengan niat menghina penganut HINDU kalau bukan anjing-anjing UMNO. Siapa yang ingin melancarkan peperangan dan membunuh penganut-penganut Krisitan, kalau bukan PERKASA yang turut dianggotai oleh anjing-anjing UMNO. Lihat SINI untuk info tentang perkara ini.

Hantu Bonceng :Dewan Pemuda PAS akan mengadakan pertemuan dengan Ahmad Idham.



KUALA LUMPUR, 23 Sept: Dewan Pemuda PAS Malaysia akan mengadakan pertemuan dengan pengarah filem Hantu Bonceng, Ahmad Idham Ahmad Nadzri pada 26 September ini bagi menjelaskan teguran mereka terhadap beliau berhubung filem arahannya itu.

Pertemuan tersebut dirancang diadakan pada waktu siang, tetapi sekiranya Ahmad Idham tidak mempunyai kelapangan masa untuk mengadakan pertemuan pada siang hari itu, beliau diharap mengemukakan cadangan mengadakan pertemuan pada waktu malam.

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan menjelaskan, malah sekiranya Ahmad Idham tidak mempunyai kelapangan masa untuk mengadakan pertemuan pada hari itu, beliau boleh mengemukakan cadangan untuk mengadakan pertemuan pada tarikh lain kepada pihaknya.

Menurut beliau, di pihak Dewan Pemuda PAS, pertemuan tersebut akan diuruskan oleh Sekretariat Dewan Pemuda PAS Malaysia yang diwakili oleh beliau sendiri dengan ditemani tiga orang rakannya dari kalangan Ahli Jawatankuasa Dewan Harian Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Katanya, surat atau maklumat untuk mengadakan pertemuan itu akan dihantar oleh Sekretariat Dewan Pemuda PAS Malaysia kepada Ahmad Idham dalam masa terdekat bagi mendapatkan maklum balas segera daripada beliau.

"Pertemuan itu akan diadakan di pejabat Ahmad Idham sendiri. Tujuan pertemuan itu diadakan adalah untuk menjelaskan kepada beliau kenapa Dewan Pemuda PAS Malaysia membuat teguran berhubung filem arahan dan terbitan syarikat beliau itu.

"Kami berharap agar hasrat kami untuk mengadakan pertemuan itu akan disambut dengan dada terbuka oleh Ahmad Idham," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Dewan Pemuda PAS Malaysia juga, menurut beliau, berharap agar Ahmad Idham tidak menyalah anggap dengan teguran pihaknya dan bersedia menerima pandangan yang berbeza demi kepentingan Islam dan umat Islam keseluruhannya.

Katanya, Ahmad Idham tidak perlu melenting apabila ditegur oleh pihak Dewan Pemuda PAS mengenai filemnya itu kerana sebagai artis Ahmad Idham sendiri sememangnya telah masak dengan pelbagai kritikan sebelum ini.

Teguran Pemuda PAS berhubung filem Hantu Bonceng itu, jelasnya, sememangnya bertujuan baik untuk kepentingan Islam dan umat Islam.

"Teguran yang kami buat itu bukanlah bertujuan untuk membunuh kerjaya Ahmad Idham dan bukan juga untuk membunuh industri seni di tanah air," katanya.

Filem Hantu Bonceng arahan Ahmad Idham ditayangkan bermula 31 Ogos sehingga 4 September 2011 lalu secara serentak di 80 pawagam di Malaysia, Singapura dan Brunei.

Hantu Bonceng yang diterbitkan oleh syarikat kepunyaan Ahmad Idham sendiri, Excellent Pictures Sdn Bhd dibintangi Mohd Razizan Abd Razak atau lebih dikenali sebagai Zizan Raja Lawak, Juliana Evans, Jue Aziz, Dottie, Tai, Zahid Baharudin dan beberapa orang pelakon lain.

Filem ke-23 arahan Ahmad Idham itu merupakan filem komedi dan mengisahkan Amran yang gemar berlumba haram yang tiba-tiba terlibat dalam satu kemalangan yang meragut nyawa gadis yang memboncengnya.

Sejak itu, gadis yang tidak tenteram itu menghantui Amran dan Amran meminta kekasihnya, Halimaton dan rakannya Kunyit menyempurnakan mayat gadis tersebut.

Namun filem tersebut dikecam hebat oleh Dewan Pemuda PAS Malaysia kerana dalam satu adegannya, Zizan jelas menghina Rasulullah saw dengan menyebut “Ashaduanna Muhammadar ... syaitan” yang membawa maksud “Aku naik saksi bahawa Muhammad itu ... syaitan”.

Selain itu turut ditambah dengan adegan mempersendakan azan, memakai baju yang mempunyai tanda salib ke masjid dan beberapa isu tahyul seperti bogel depan hantu.

Dewan Pemuda PAS Malaysia ketika membuat teguran terhadap filem itu sejak 19 September lalu turut kesal yang teramat sangat dengan kelemahan ketara pihak Lembaga Penapisan Filem (LPF) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), sehingga membenarkan filem-filem berbaur penghinaan kepada Islam diterbitkan.

20 September lalu, Dewan Pemuda PAS menerusi Nasrudin melanjutkan lagi tegurannya kepada pihak penerbit, pengarah dan pelakon filem itu agar menyedari kesalahan tersebut dan mendesak agar penayangan filem itu dihentikan dan jika mahu ditayangkan juga, sekurang-kurang babak mengucap syahadah secara salah itu mesti dipotong untuk tayangan berikutnya.

Bagaimanapun teguran beliau tidak dipedulikan oleh Ahmad Idham, malah beliau dilaporkan menjawabnya dengan nada dan ayat-ayat yang tidak sewajarnya.

Tindakan beliau memaksa Dewan Pemuda PAS Malaysia membuat keputusan untuk mengadakan pertemuan khas dengan pengarah tersebut bagi menjelaskan maksud sebenar teguran itu demi kepentingan Islam, para penonton filem itu dan orang ramai di segenap peringkat.

Semalam, Harakahdaily telah melaporkan, Zizan Raja Lawak mulai dihujani penghormatan para peminatnya, apabila bersikap terbuka memohon maaf kepada orang ramai berhubung dialog kontroversi yang dituturkannya di dalam filem itu.

Dalam Twitternya kelmarin, Zizan telah tampil meminta maaf atas kesilapannya menghina Rasulullah dalam filem tersebut dengan mengatakan: “Saya faham, apa yang salah… salah jugak. Tapi pasal hina Islam memang jauh dari otak fikiran saya la.. takde lagsung terniat. Ini adalah Agama dan Rasul saya.. Maaf sekiranya saya silap."
Sumber : Harakah Daily.

Ulasan Jiwa Hamba:
Jiwa Hamba amat kagum dengan sikap dan pendirian Ketua Dewan Pemuda PAS, Ustaz Nasrudin Hassan. wajar sekali tindakan beliau untuk berhadapan dengan Ahmad Idham yang angkuh dan sombong. Bagi Jiwa Hamba,sikap Zizan amatlah bagus. Iaitu meminta maaf atas kesalahannya. Tapi sikap Ahmad Idham selaku pengarah filem Hantu Bonceng amatlah angkuh dan biadap. wahai Ahmad Idham, kau ni manusia ke iblis.Kau tahu tak, iblis disingkir dari syurga kerana sikapnya yang angkuh dan sombong.