Sabtu, 20 Ogos 2011

Panglima Angkatan Tentera Hanya Layak Jadi Anggota Rela Dan Menembak Tupai Sahaja.

Pakar Perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari menyelar kenyataan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berhubung penafiannya terhadap dakwaan berlakunya manipulasi undi pos.

Abdul Aziz berkata, kenyataan Zulkifeli, khususnya soal kesetiaan kepada kerajaan adalah "memalukan perkhidmatan" dan menunjukkan kegagalannya memahami konsep kesetiaan dalam konteks negara dan warga.

"Setia dengan siapa? Parti politik tak perlu setia dengan ATM (Angkatan Tentera Malaysia). Semua orang kena setia kepada negara yang lambangnya ialah YDP (Yang di-Pertuan) Agong," kata Abdul Aziz sambil menyifatkan kenyataan Zulkifeli sebagai pelik.

"ATM - sebagai salah satu cabang perkhidmatan awam persekutuan - hanya perlu setia kepada negara dan Agong. Tak perlu setia kepada kerajaan yang memerintah. Perkhidmatan awam wajib neutral, bukan menyebelahi parti pemerintah."

Zulkifeli semalam menyalahkan PAS dan menafikan dakwaan manipulasi undi pos yang dibuat oleh empat bekas anggotanya dalam sidang media anjuran dewan itu di ibu negara.

Sambil menyifatkan perkara itu "tidak boleh berlaku", beliau berkata ATM sentiasa apolitikal dan hanya akan menyokong kerajaan yang dipilih rakyat dan juga setia kepada Yang Di-Pertuan Agong.

Penafian kosong
Tambahnya, pihak yang bercita-cita untuk memerintah perlu mendapatkan sokongan daripada rakyat terlebih dan setia serta menyokong angkatan tentera.

Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini semalam, Abdul Aziz berkata, ATM hanya perlu jalankan perintah kerajaan yang selaras dengan undang-undang.
Sedangkan, dakwanya, apa yang berlaku dalam konteks undi pos adalah jenayah.

"ATM perlu buktikan tidak berlakunya hal itu. Bukan buat penafian kosong. Tubuhkan jawatankuasa penyiasat sekurang-kurangnya," kata pensyarah kanan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu.

Abdul Aziz juga berkata, tindakan Zulkifeli 'menyerang' kembali Pemuda PAS yang mengetengahkan isu itu juga tidak wajar kerana dia sepatutnya berterima kasih terhadap dewan itu.

"PAS hanya mewakili rakyat yang mahukan pilihan raya yang bersih dan bebas dari penipuan. ATM perlu jelaskan yang ia bersih, bukan menuntut rakyat setia kepada ATM, ATM adalah milik rakyat. Ini yang panglima ATM kena faham," katanya.

Dengan sinis, Abdul Aziz mengingatkan Zulkifeli supaya tidak mengikuti jejak ketua polis negara dan timbalannya yang didakwa "mengeluarkan pelbagai kenyataan yang menghina rakyat dan mengengkari perlembagaan".


Ulasan Jiwa Hamba
Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin tak perlulah nak menegakkan benang yang basah. Penyalahgunaan Undi Pos telah lama diperkatakan dan telah dikteahui. Cuma, kali ini beberapa orang bekas tentera yang berjiwa satria berani tonjol membuat pengakuan terbuka.
Melihat kepada respons Panglima ATM, ni jelas sekali beliau tidak matang dan amat jahil dari segi undang-undang. Orang sepertinya hanya layak menjadi anggota rela dan berperanan menembak tupai sahaja.

Khamis, 18 Ogos 2011

TV3 Maharaja Liwat.


Ini adalah sambungan dari artikel bertajuk Ketua Polis Negara Adalah Raja Lawak. Tindakan stesyen TV paling lucah di Malaysia, TV3 mewancara Mohd Saiful Bukhari Azlan dianggap telah meliwat sistem kehakiman di Malaysia. Wawancara itu disiarkan menerusi program berita TV3 Buletin Utama. Lebih lanjut lihat… SINI..

Selain paling lucah, TV3 juga layak dianggap stesyen TV paling bahlol dan tolol. Ini memandangkan kes ini masih lagi dibicarakan di mahkamah. Tindakan TV3 itu sedikit sebanyak akan mempengaruhi keputusan mahkamah. Ini tidak sepatutnya berlaku. Adalah menjadi kesalahan apabila steysen TV menjadi pemutus sesuatu keputusan.

Sebelum ini, lebih tepat lagi menjelang Aidilfitri 2010, TV3 mencuba sedaya upaya untuk meliwat akidah umat islam di Malaysia dengan menyiarkan iklan yang bertentangan dengan akidah islam. Oleh itu, layak benar untuk kita istiharkan TV3 sebagai Maharaja Liwat sebagai mana kita istiharkan Ketua Polis Negara Sebagai Raja Lawak.

Rabu, 17 Ogos 2011

Najib bayar jutaan ringgit kepada Media Barat untuk mengharumkan namanya



Stesen penyiaran antarabangsa BBC mengakui bahawa ia telah menyiarkan rancangan yang diterbit oleh sebuah syarikat perhubungan awam yang diupah oleh kerajaan Malaysia kepada jutaan penonton di seluruh dunia.

Walau bagaimanapun semua rancangan yang dibekalkan oleh syarikat perhubungan awam yang berpangkalan di London itu, FBC Media Ltd telah digantung. Sejak 2009, syarikat itu telah menerbitkan sekurang-kurangnya empat dokumentari mengenai Malaysia.

Menurut akhbar The Independent, BBC dalam satu kenyataan berkata bahawa "FBC telah mengaku kepada BBC bahawa ia bekerja untuk kerajaan Malaysia".

"Maklumat itu tidak didedahkan kepada BBCseperti sepatutnya apabila BBC memberikan kontrak kepada FBC bagi membeklakan program atau rancangan kepadanya. Berikutan perkembangan ini, BBC telah membuat keputusan untuk tidak lagi menyiarkan rancangan daripada FBC sementara ia mengkaji semula hubungan dengan syarikat itu," kata BBC dipetik akhbar itu.

The Independent juga sedang menjalankan siasatan sama ada mana-mana bahan yang dibekalkan oleh FBC itu melanggar garis panduan BBC berhubung laporan tidak berat sebelah.

Ulasan Jiwa Hamba.
Najib kau memang suka menghabiskan duit rakyat. untuk Rasmah sudah jutaan ringgit kau bazirkan. untuk BN pun jutaan ringgit kau jolikan. itu duit rakyat dan bukan duit bapak kau Najib.

Jiwa Hamba tertarik dengan komen dari Ipoh Mali. Jiwa Hamba paparkan kat sini.
Alahai NAJIB... lu Kantoi lagi. Tolong lah rentikanlah Bayaq Yahudi..Bayaq Negara Barat pakai Duit Rakyat nak Naikkan Imej lu... kalau dah rosak..rosak la.. Bayaq APCO 77juta.. FBC 15juta.. Semua ni duit Rakyat! Sampai Bedah Lutut pun Pakai Import Dr pakar Amerika.. Bayaq Penasihat Ekonomi Barat pun habih 44juta.. Semua ni duit rakyat! Bukan Duit UMNO.”

Bekas tentera dakwa mengundi 'sampai lenguh'



Seorang bekas anggota tentera mendakwa, beliau telah menanda ribuan kertas undi pos semasa bertugas sebagai kerani tadbir ketika pilihan raya ketujuh dijalankan.

Kamarulzaman Ibrahim, 53, mendakwa beliau bersama beberapa lagi rakannya diarahkan supaya berbuat demikian oleh pegawai pemerintahnya.

Beliau mengaku berbuat demikian sepanjang tiga hari menjalankan tugas berkenaan di Kem Terendak, Melaka.

Katanya, beliau telah menanda kertas undi berkenaan "sehingga lenguh tangan" dan turut menandatangan setiap borang yang dikepilkan bersama kertas undi tersebut.

Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat PAS hari ini, Kamarulzaman berkata, beliau berbuat demikian kerana "sekadar menurut perintah."

Selain Kamarulzaman, turut tampil membuat pendedahan hari ini ialah dua orang lagi anggota dan seorang pegawai tentera.

Sumber : Malaysia Kini

Ulasan Jiwa Hamba.
Terang lagi bersuluh, Pilihanraya di Malaysia amat tidak adil. Ia umpama bertarung di padang yang tidak rata. Tanpa undi pos, hayat BN akan berakhir dan hanya boleh dilihat di arkib negara sahaja.

Selasa, 16 Ogos 2011

Apabila SPR mendengar Wahyu dari Putrajaya.

KUALA LUMPUR: Tuntutan lapan perkara yang dikemukakan Bersih 2.0 wajar dilaksanakan memandangkang begitu banyak pendedahan berhubung kepincangan sistem pilihan raya selepas perhimpunan 9 Julai lalu.

Bermula dengan isu pengundi berusia lebih 100 tahun, pengundi yang memiliki taraf Penduduk tetap (PR) dan pelbagai kesilapan dalam daftar pemilih SPR, kini timbul  isu pengundi bertindih atau pengundi klon.
Semalam, Ketua Pemuda Pas Johor, Suhaizat Kaiat mendedahkan identiti pengundi klon tersebut yang bukan sahaja memegang dua nombor pengenalan diri, tetapi juga memiliki dua nombor keahlian Umno.

Penemuan itu berdasarkan semakan di laman web SPR, Jabatan Pendaftaran Negara  (JPN) dan data keahlian anggota Umno.
“Mustahil jika SPR tidak tahu perkara ini berlaku kerana bukan 10 hingga 20 nama, tetapi pihak kami mendapati beribu-ribu individu mempunyai nombor kad pengenalan sama cuma berbeza pada dua digit terakhir,” katanya.

Menurut Suhaizan, berdasarkan bukti berkenaan, besar kemungkinan sistem pemilihan dalam Umno juga dilaksanakan dalam suasana  kotor.
“Jika terbukti Azhar Bin Ahmad, Besah Binti Mat dan Mansor Bin Ahmad pernah mengundi dua kali dalam pemilihan peringkat cawangan maka mungkin banyak mesyuarat cawangan Umno menjadi tidak sah.

“Apabila tidak sah, maka pengerusi yang dipilih juga tidak sah,” kata beliau.
Suhaizan juga menambah, isu itu juga membuktikan sistem biometrik yang mahu dilaksanakan kerajaan tidak praktikal berdasarkan kelemahan tersebut.
“Sistem biometrik ini banyak masalah misalnya tidak semua tempat mempunyai internet yang baik, ia nya sistem yang tidak praktikal,” kata beliau.




Ulasan Jiwa Hamba:
SPR bertindak berdasarkan Wahyu dari Putrajaya. Jadi tak perlu hairan.

'Larang pembesar suara bukan keputusan negeri'



Kerajaan negeri Pulau Pinang tidak pernah campur tangan dalam sebarang keputusan Majlis Fatwa Negeri yang melarang penggunaan pembesar suara sebelum azan subuh, kata Exco Hal-Ehwal Agama Abdul Malik Kassim.

Sebaliknya, menurut beliau, keputusan itu dibuat pada mesyuarat yang dipengerusikan oleh mufti Pulau Pinang Datuk Seri Hassan Ahmad dan dianggotai oleh para ulama, professional agama serta wakil daripada istana.

“Justeru, saya menolak dengan sekeras-kerasnya tohmahan pihak yang mengaitkan pimpinan kerajaan negeri terlibat dengan keputusan Majlis Fatwa tersebut

“Kerajaan Negeri Pulau Pinang menghormati keputusan Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang bil. 2/2011 yang bersidang pada 7 April 2011, mengenai hukum membaca Al-Quran sebelum subuh dengan menggunakan pembesar suara,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menjelaskan bahawa mesyuarat Majlis Fatwa bilangan 2/2011 yang dipengerusikan oleh mufti kemudiannya disahkan dalam mesyuarat
Jawatankuasa Fatwa Bil.3/2011 pada 6 Jun lalu yang memutuskan bahawa bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara dari surau dan masjid sebelum waktu subuh adalah dilarang menurut hukum syarak.
Boleh pertimbangkan

“Namun, kerajaan negeri berpendirian pentadbiran masjid dan surau boleh mempertimbangkan sama ada mahu meneruskan tradisi dan amalan sedia ada atau sebaliknya, setelah menerima pemberitahuan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JHEAIPP) tentang keputusan Jawatankuasa Fatwa,” tambah beliau.
Abdul Malik berkata mereka sebagai pentadbir institusi agama sewajarnya menghormati keputusan Majlis Fatwa yang membuat keputusan berdasarkan hukum Islam, tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.

Menurutnya, Majlis Fatwa memutuskan bahawa perbuatan tersebut boleh mengganggu orang lain sama ada yang berada di dalam atau di luar masjid demi maslahah ummah.
“Demi kepentingan politik sempit, pihak-pihak tertentu akan mengambil peluang mengekploitasi keputusan Majlis Fatwa tersebut. Pihak berkenaan pastinya akan menabur fitnah kononnya kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang anti-Islam.

“Dalam semangat Ramadan Al-Mubarak ini, demi kepentingan umat Islam, kerajaan negeri sentiasa membuka pintu rundingan dan mengalu-alukan muzakarah dan perbincangan dengan mana-mana pihak bagi memartabatkan Islam di negeri bertuah ini.

“Malah, saya mengalu-alukan pihak yang tidak bersetuju dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa bermuzakarah dengan pihak terbabit dalam semangat saudara seagama,” katanya.
Sebelum ini, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya (kiri) berkata amalan bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh di masjid dan surau dengan kuat adalah bertentangan dengan sunah Nabi Muhammad SAW kerana ia mengganggu orang yang sedang tidur.

Sehubungan itu, beliau berkata pihaknya menyokong tindakan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang melarang bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh.

Turut menyokong tindakan itu adalah Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan bekas mufti Perlis Profesor Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

sumber : http://www.malaysiakini.com/news/173017

Ahad, 14 Ogos 2011

Apabila Ketua Polis Negara Menjadi Raja Lawak.






Ketua Polis Negara meminta agar semua pihak tidak mengambil tindakan yang boleh merosak dan memecah belahkan perpaduan kaum di negara ini.

Tan Sri Ismail Omar berkata perkara itu sangat penting dalam mengekalkan keamanan di negara ini.

"Kita harap jangan ada pihak yang cuba memecah belahkan keharmonian kaum di negara ini, kita sudah berpuluh tahun tinggal bersama-sama dan menghormati sesama kaum…..selanjutnya sila baca SINI.

ULASAN JIWA HAMBA
Kenyataan Ketua Polis Negara ini bukan sebarang lawak tapi sudah mencapai tahap Maharaja Lawak. Inspektor Shahab dalam filem Hindi pun tak pandai buat lawak macam ni. Wahai Ketua Polis yang aku hormati, jika perpaduan kaum yang kau inginkan, cubalah kau lihat rentetan peristiwa Maha Racis yang direstui oleh KERAjaan.

Wahai Ketua Polis Negara, lupakah kamu terhadap perarakan Maha Racis yang membawa dan memijak kepala lembu kerana membantah pemindahan sebuah kuil hindu di Shah Alam. Semua tahu dalangnya adalah UMNO Selangor,…sila baca SINI. Demontrasi ini berupaya mengundang perbalahan antara penganut islam dan hindu. Tidakkah kamu tahu Wahai Ketua Polis Negara,sejarah telah merakamkan kroniknya masalah perpaduan di India kerana perbalahan antara penganut Hindu dan Islam.

Tidakkah kau tahu betapa ribuan nyawa telah terkorban sejak berlakunya perbalahan antara penganut Hindu dan Islam di India, termasuklah insiden meruntuhkan Masjid Babri di Ayodhya. Mengapa tidak kau tangkap dan penjarakan samseng-samseng belaan United Malays No Otak(UMNO) itu.

Tertutupkah mata kamu wahai Ketua Polis Negara, apabila Berahim Ali, pemimpin PERKASA mengistiharkan peperangan terhadap penganut Krisitan. Dengan penuh kurang ajar, lelaki BERJIWA KATAK itu membuat kenyataan terbuka dengan mencabar orang-orang Kristian berperang. Apa tindakanmu wahai Ketua Polis Negara. Mugkin kau tidak tahu episod-episod rusuhan berdarah antara penganut Kristian dan Islam.

Lihatlah apa yang berlaku di Bosnia ketika tercetusnya peperangan antara orang-orang Serbia yang beraliran Ortodoks Krisitan dengan penduduk etnik Bosnia yang beragama islam. Tahukah kamu 200 ribu orang telah terkorban dalam peperangan tersebut dan dan 65 % daripadanya adalah penganut islam Bosnia. Lupakah kamu Wahai Ketua Polis Negara terhadap perbalahan antara umat islam dan Kristian di Ambon Indonesia. Atau mungkinkah kamu buta sejarah wahai Ketua Polis Negara.

Wahai Ketua Polis Negara yang aku kasihi, mengapa kau diam seribu bahasa atau sudah bisukah kamu apabila PERKASA mengancam keselamatan orang-orang cina sempena perhimpunan Bersih 2.0. Ancaman yang mengugat nyawa dan harta orang cina jika terlibat dalam demontrasi halal yang KERAjaan haramkan. Lupakah kamu wahai Ketua Polis Negara betapa dahsyatnya peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 yang tercetus antara orang Melayu dan Cina.

Mengapa tidak kau penjarakan sahaja Berahim Ali dan mengapa tidak kau haramkan sahaja PERKASA. Aku tertanya-tanya hingga ke detik ini. Cuma, aku mengandaikan kau, wahai Ketua Polis Negara sememang buta sejarah.