Jumaat, 18 Mei 2012

(Gempar) Gara-Gara Bersih 3.0, Ahli Politik Terkenal Menukar Jantina.



Jika sebelum ini, kecoh berita ahli politik tertentu yang menggunakan tangkal azimat untuk kekal berkuasa. 

Tapi hari ini muncul pula berita terkini, kisah seorang tokoh politik terkenal Tanah Air yang telah bertindak nekad menukar jantinanya,menjadi perempuan. 

Beliau bertindak sedemikian setelah melihat kebangkitan rakyat(kebencian rakyat terhadapnya) yang diterjemahkan menerusi Bersih 3.0

Nama tokoh politik itu juga mungkin akan ditukar untuk memastikan identiti barunya,sebagai seorang perempuan diyakini dan diterima oleh orang ramai.




Nurul Najibah binti Razak




Hahahah, gurau jer. Gurau bergurau adalah budaya kita.

Isnin, 23 April 2012

Lelaki Subur di Jangka Pupus Pada Tahun 2062


MUMBAI: Dunia berdepan masalah ketiadaan lelaki subur dalam tempoh 50 tahun lagi berikutan bilangan sperma mikroskopik yang semakin berkurangan kerana peningkatan tahap tekanan, obesiti dan pencemaran udara.

Akhbar Times of India melaporkan, lebih membimbangkan apabila anggaran menunjukkan kekurangan itu mencecah 50 peratus sejak 50 tahun lalu.

Beberapa tahun lalu, kajian di Scotland terhadap 7,500 lelaki yang mengunjungi Pusat Kesuburan Aberdeen antara 1989 hingga 2002 menunjukkan purata sperma berkurangan hampir 30 peratus. 

Nak tahu lebih lanjutlah bacalah kat SINI

INGAT, jangan sesekali lupa OBESITI adalah antara punca kesuburan lelaki terjejas. Jom pakat lihat gambar kat bawah.




(Gambar sekadar hiasan semata-mata) :
wanita ini amat malang kerana si gemuk ini kurang subur


(gambar sekadar hiasan semata-mata):
Kurang senaman dan amalan pemakanan yang tidak sihat adalah
 punca obesiti yang menjejaskan kesuburan lelaki


Muhammad Razali a.k.a Bob( bukan nama sebenar)

Selasa, 20 Mac 2012

Scorpene: Razak Baginda, keluarga Altantuya akan dipanggil


 Rakan karib Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Razak Baginda adalah saksi penting untuk membantu perbicaraan terbuka skandal rasuah Scorpene di mahkamah Perancis.

Pengarah Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel berkata beliau percaya Razak Baginda akan dipanggil untuk memberi keterangan apabila mahkamah Perancis memulakan siasatan ke atas skandal Scorpene kelak.

“Razak adalah saksi yang sangat penting kerana terlibat langsung dalam urusan pembelian,” kata Cynthia ketika dihubungi KeadilanDaily, 19 Mac lalu.

Nama Razak Baginda dibangkitkan di Parlimen pada 2002 berhubung rundingan pembelian Scorpene dalam satu perjanjian bernilai USD 800 juta.

Scorpene dan satu kapal selam terpakai, Agosta hasil usahasama kerajaan Perancis-Sepanyol. Perimekar memiliki subsidiari iaitu Ombak Laut yang dimiliki sepenuhnya oleh Razak Baginda.Bercakap lanjut, Cynthia juga percaya keluarga Altantuya dipanggil ke mahkamah Perancis untuk memberi keterangan.

“Keluarga Altantuya akan dipanggil kerana mendiang adalah penterjemah urus niaga itu,” katanya.
Sepupu Altantuya, Namiraa Gerelmaa pernah tampil di Mahkamah Shah Alam dalam perbicaraan pembunuhan Altantuya bermula 4 Jun 2007 dan berakhir 9 April 2009. - sumber


Khamis, 8 Mac 2012

SAIFUDDIN ABDULLAH LELAKI UMNO TERAKHIR.


Syukurlah sebab masih ada lagi saki baki lelaki dalam UMNO. Semua tahu UMNO adalah tempat bersarangnya golongan pondan. Malah Pergerakan Pemuda UMNO juga dibarisi oleh golongan Mak Nyah yang lembut gemalai.

Haji Najib, si Amirul Mukminin UMNO terkenal kerana sifatnya yang dayus. Lihatlah, segala urusan penting negara diserahkan kepada Hajah Rasmah.

Lagi gila babi, urusan membela lembu pun diserahkan kepada perempuan. Tapi si perempuan yang diamanahkan mmebela lembu tu gila babi orangnya. Ada kah patut dibelanya lembu dalam kondominium. Tak boleh salahkan betina UMNO tu seratus peratus, sebabnya. Ini berpunca dari jantan-jantan dalam UMNO yang semuanya pondan. Sebenarnya ada penganalisis yang mengatakan, jantan-jantan UMNO ni dicipta untuk bersetubuh sahaja. Entah betul entah tidak, aku pun tak tahu.


Saifuddin Abdullah, itulah satu-satunya anak jantan dalam barisan parti warisan penjajah, UMNO. Dia satu-satunya lelaki yang bermaruah di dalam UMNO. Ketika Haji Najib berdalih dan beralasan untuk mengelakkan debat dengan Dato Seri Anwar Ibrahim, tiba-tiba lelaki UMNO terakhir, iaitu Saifuddin Abdullah menyatakan debat antara kedua-dua pemimpin itu sebagai releven.

Lihatlah sendiri kenyataan Saifuddin Abdullah yang disiarkan dalam SINAR HARIAN


Debat politik baik untuk demokrasi. Ia peluang untuk mencetuskan idea yang bernas dan mempertahankannya dengan cerdas. Rakyat akan menilai.

Namun, terdapat mereka yang menolak debat. Tidak mengapa jika tidak ingin berdebat kerana itu pilihan masing-masing, tetapi usahlah menolaknya bulat-bulat.

Di sini, disenaraikan 10 alasan yang menolak debat dan jawapan terhadapnya.

Alasan 1: Tiada apa hendak didebatkan.
Jawapan 1: Takkanlah tokoh politik tidak punya idea. Banyak perlu didebatkan, contohnya dalam bidang politik apakah politik baru, transformasi politik, inovasi demokrasi dan pemikiran politik progresif untuk masa depan? Bidang-bidang lain juga ada isu yang wajar didebatkan.

Alasan 2: Tidak perlu debat, ucapan mencukupi.
Jawapan 2: Ramai boleh berucap. Adakalanya teks ucapan disediakan orang lain dan yang menyampaikannya tidak fahampun kandungannya. Kekurangan ucapan ialah idea itu tidak dapat diuji kebenaran dan kekuatannya. Sebaliknya, melalui debat, pendebat bukan sahaja perlu menyampaikannya, tetapi lebih penting lagi perlu mempertahankannya.

Alasan 3: Ia lebih banyak keburukan daripada kebaikan.
Jawapan 3: Ia menimbulkan keburukan jika tidak dilaksanakan dengan bijaksana. Sebenarnya, ia lebih banyak kebaikan sebab itu ia sebahagian daripada pendekatan dakwah Islamiah, iaitu seperti yang dicatat dalam al-Nahl:125, “...berdebatlah dengan mereka dengan cara yang terbaik”.

Alasan 4: Ia menyebabkan lawan memanipulasi masalah kita.
Jawapan 4: Pertama, siapa suruh mendebatkan masalah kita? Kedua, memang kerja lawan memanipulasi kita, tidak kira diadakan debat ataupun tidak, dan ketiga, debat adalah gelanggang untuk menunjukkan kebaikan kita.

Alasan 5: Tidak perlu ikut format debat pemilihan Presiden Amerika Syarikat.
Jawapan 5: Siapa kata mesti ikut format itu? Terdapat banyak format debat. Peserta boleh menentukan formatnya.

Alasan 6: Rakyat belum bersedia.
Jawapan 6: Rakyat telah lama bersedia. Rakyat inginkan keterbukaan dan ketelusan, pemimpin yang berilmu dan artikulatif, yang punya pendirian serta pandangan, dan bukannya sekadar pandai mengampu dan meraih undi semata-mata. Soalnya ialah adakah tokoh politik telah bersedia?

Alasan 7: Debat bukanlah jawapan kepada masalah negara. Apa yang penting ialah usaha membangun negara.
Jawapan 7: Siapa kata debat adalah jawapannya? Ia adalah satu daripada jalan terbaik untuk mendapatkan jawapannya.

Alasan 8: Kita perlu pemimpin yang pandai bekerja dan bukannya hanya pandai berdebat.
Jawapan 8: Siapa kata kita hendak pemimpin yang hanya pandai berdebat? Adakah pemimpin yang pandai berdebat tidak pandai bekerja? Adakah pemimpin yang tidak berdebat semestinya pandai bekerja? Pandangan ini adalah pelarian daripada realiti bahawa antara kualiti pemimpin yang baik ialah kebolehannya berhujah. Kerana ia mencerminkan pemikirannya yang rasional dan kritis. Bukankah lebih baik memiliki pemimpin yang pandai kedua-duanya, iaitu berhujah dan bekerja?

Alasan 9: Debat di dewan legislatif memadai.
Jawapan 9: Agenda dewan legislatif mengehadkan peluang untuk debat yang sepatutnya. Lagipun, dunia demokrasi hari ini tidak terhad kepada dewan legislatif semata-mata.

Alasan 10: Debat bukan budaya kita.
Jawapan 10: Kalau begitu, tidak perlulah mengamalkan demokrasi!

Isnin, 5 Mac 2012

LYNAS: APABILA NAMEWEE LEBIH ISLAMIK DARI NAJIB.



Aku bukannya peminat Namewee dan aku juga tahu yang lelaki cina yang banyak menimbulkan kontroversi. Tapi dalam isu Lynas, ternyata Namewee jauh lebih islamik berbanding Najib. Namewee walaupun agak nakal tapi dia turut berjuang menentang Lynas. Dia hargai nyawa-nyawa manusia yang  mendiami negeri Pahang.



Ini berbeza sekali dengan Najib.Bagi Najib. Walaupun sudah bergelar haji, namun Najib sangat halobakan wang. Bagi Najib, yang penting hanyalah wang. Wang seakan-akan menjadi objek sembahan bagi Najib. Ini kerana Najib memerlukan jutaan Ringgit Malaysia demi memuaskan nafsu Rasmah Mansur.

Semua tahu Rasmah tu hodoh,jadi jutaan ringgit diperlukan untuk mencantikannya. Rasmah perlukan gelang dan cincin yang cantik dan mahal, juga beg tangan yang berjenama. Semua ini semata-mata untuk mencantikkan Rasmah yang sememangnya hodoh.

Najib tidak kisah walaupun Pahang bakal menjadi tanah perkuburan gara-gara Lynas, tapi Namewee pula bangkit mempertahankan kesucian Pahang daripada dinodai oleh Lynas.

Jelas lagi bersuluh, Namewee jauh lebih islamik berbanding Najib dalam isu Lynas. Ingat, aku hanya fokuskan kepada isu Lynas.

Ahad, 15 Januari 2012

MALAYSIA PEWARIS DASAR APARTHEID DAN PENERUS SISTEM KASTA.

(pengikut kasta umnosialan yang ingin bunuh MB Kelantan)


Tiba-tiba penganut mazhab umnosialan(akan aku tukarkan kepada kasta umnosialan sedikit masa lagi) menjadi kecoh dan terus gila babi apabila seorang mahasiswa USM membuat lawak ingin meletakkan bom pada helikopter yang akan dinaiki oleh Haji Najib ke kampus USM minggu hadapan.

Bodoh, bahlul serta banggang, itulah istilah yang paling tepat untuk diberikan kepada penganut mazhab umnosialan ini. Wahai penganut mazhab umnosialan, betapa bodohnya dirimu! Mana mungkin orang yang ingin melakukan pembunuhan akan mengistiharkan tindakannya itu di facebook dan mana-mana laman sosial.

Ini bukti yang jelas, Haji Najib mempunyai penyembah yang setia di kalangan penganut mazhab umnosialan. Dengar cerita pelajar tersebut telah pun di tahan oleh polis. Wah, Cekapnya pihak polis dan pantasnya mereka membuat tangkapan.

Tapi aku hairan, sebab pernah dulu, seekor penganut mazhab umnosialan melakukan ugutan bunuh terhadap Menteri Besar Kelantan, Dato Nik Aziz Nik Mat. Perbuatan yang sama, iaitu ugutan bunuh dan menerusi wasilah yang sama, iaitu facebook.

Tapi yang gila babinya, bakal pembunuh MB Kelantan itu tidak diapa-apakan. Seingat aku tiada tangkapan yang dibuat dan penganut umnosialan itu bebas merdeka sampai sekarang untuk menyebarkan mazhab umnosialan. Lagi gila babi, surat khabar yang menjadi anjing belaan dan buruan kepada umnosialan menyalahkan MB Kelantan. Kata surat khabar milik umnosialan, ugutan bunuh terhadap MB Kelantan itu berpunca daripada tindakan MB Kelantan yang merugikan Melayu dan islam kerana bekerjasama dengan DAP dan PKR. Inilah bukti yang kukuh betapa hebatnya dasar Apartheid yang diamalkan di Malaysia. UMNOSIALAN MULA MEMBENTUK KASTA YANG MAHA MULIA DAN MAHA HEBAT SERTA MAHA SUCI.

Lihat lagi bukti Malaysia mengamalkan dasar apartheid dan sistem kasta. Beberapa minggu yang lepas, pejuang kemerdekaan mahasiswa Adam Adli telah digantung pengajian selama tiga semester gara-gara menurunkan bendera bergambar Haji Najib semasa mengadakan demontrasi. Tak cukup dengan itu, Adam juga pernah menerima kecaman dan ugutan bunuh, Lagi gila babi anggota polis sendiri( Roslan Mokhtar) telah bertindak menumbuknya ketika Adam membuat laporan polis mengenai ancaman dan ugutan yang diterimanya. Sangat-sangat gila babi, kerana kejadian berlaku di balai polis bukit aman. Ini bukti yang jelas, orang-orang yang berkasta umnosialan boleh melakukan jenayah di mana-mana sahaja termasuk dibalai polis. Mereka kebal walaupun mereka sebenanrya bebal.

Kepada orang-orang berkasta umnosialan, aku ingin bertanya, siapakah yang lebih biadap dan kurang ajar antara Adam Adli dengan SI HITAM METALIK dari Pulau Pinang yang bernama Mohamed Ghani Abd Jiman. Si Hitam Metalik itu pernah menghadiahkan sekuar dan baju dalam wanita kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Terbaru si hitam metalik yang sial lagi durjana ini telah menghadiahkan kek berbentuk tahi manusia kepada Lim Guan Eng. Malah sebelum itu, si hitam metalik itu pernah menghadiahkan keranda kepada wakil rakyat dari Pakatan Rakyat di Pulau Pinang.

Tapi yang menghairankan tiada pula tindakan diambil terhadap si hitam metalik ini. Inilah juga bukti yang jelas, Malaysia sedang menuju ke arah pelaksanaan dasar Apartheid. Dasar yang memberikan kebebasan kepada orang-orang berkasta umnosialan untuk melakukan apa sahaja bentuk jenayah. Jenayah dan dosa mereka sentiasa direstui dan diredai bagi memastikan pemipin tertinggi kasta mereka, iaitu Haji Najib kekal berkuasa.


Jom tonton aksi pemimpin tertinggi kasta umnosialan sedang menari.

Jumaat, 13 Januari 2012

Blogger Pakatan Rakyat Layak Menerima zakat.




Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh telah mempertahankan Menteri Penjaga Agama, Dato Jamil Khir Baharom dalam isu penyelewengan zakat. Kata Pakcik Mufti tu, Pemberian wang zakat kepada Menteri Penjaga Agama tu atas dasar asnaf Fisabilillah. Lantak kaulah Pakcik Mufti. Aku tahu kau tu dibela dan dipelihara oleh UMNO. Sapa tak kenal kau wahai Pakcik Mufti, bekas pegawai khas kpd Timbalan Perdana Menteri , Ghaffar Baba. Pakcik Mufti juga seorang ahli pemikir( think tank) UMNO.

Sebenarnya para blogger Pakatan Rakyat juga berhak dan layak menerima wang zakat kerana mereka dari kategori asnaf fisabilillah. Semua tahu para blogger Pakatan Rakyat adalah golongan pejuang yang gigih dan tabah menentang UMNO. Mereka mengorbankan masa dan tenaga untuk menjawab segala fitnah dari media-media belaan UMNO. Dan semua tahu, UMNO adalah sebuah parti warisan penjajah yang sentiasa memusuhi islam. Jadi, jelas lagi bersuluh, para blogger Pakatan Rakyat berhak menerima wang zakat.


Ahad, 8 Januari 2012

PAS pecat Hasan Ali



KUALA LUMPUR, 8 Jan: PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato’ Dr Hasan Mohd Ali (gambar) sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS

Setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, PAS Pusat telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato’ Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan YB Dato’ Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan Parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PAS.

Sumber : Harakahdaily

Ulasan Jiwa Hamba:
Sepatutnya awal-awal lagi PAS pecat Hasan Ali.