Selasa, 17 Januari 2017

Apabila seks menjadi senjata politik.

Dato' Seri Anwar Ibrahim.


Apabila seks menjadi senjata politik.

Gila dan memang gila. Politik negara kita semakin gila. Jauh lebih gila berbanding politik di Israel.

Apa tidaknya, hari ini seks dijadikan senjata untuk memusnahkan dan menamatkan hayat politik seseorang tokoh politik.

Sekitar tahun 1995 pemimpin pemuda PAS Mohamad Sabu cuba ditamatkan hayat politiknya dengan kisah khalwat. Beliau yang kini merupakan Presiden Parti Amanah dikatakan berkhalwat dengan isteri orang.

Dato Seri Anwar Ibrahim digulingkan kedudukannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dengan bersenjatakan seks. Bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) tersebut dikaitkan dengan kes liwat.

Selepas dibebaskan dari tahanan, beliau dikaitkan pula dengan aksi seks oleh trio Dato' T. Videonya tersebar luas ke seluruh negara, malah mungkin ke seantero dunia. Beliau dipenjarakan sekali lagi atas tuduhan meliwat Saiful.

Ustaz Badrul Amin, yang juga seorang aktivis PKR tidak terkecuali daripada jerat seks. Beliau didapati berkhalwat dengan seorang gadis di bilik hotel di Kuantan.

Bekas Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali juga cuba dinoktahkan hayat politiknya melalui senjata seks. Video 'Mustafa Ali' dengan pelacur berketurunan Arab tersebar luas.

Kini nasib yang sama menimpa Tan Sri Muhyiddin Yassin. Bekas Timbalan Perdana Menteri itu juga cuba dikaitkan dengan salah laku seks. Anehnya, ini semua tersimpan rapi ketika beliau bersama UMNO.

Terbaru, tersebar pula dakwaan salah laku seks melibatkan pemimpin PAS, Ustaz Mokhtar Senik dengan wanita bernama felah.

Hairannya, ramai pula penyokong Pakatan Harapan yang percaya dengan fitnah ini. Kenapa mereka percaya, ini kerana PAS tidak lagi bersama pakatan pembangkang.  Pelik sungguh, sebab jika mereka percaya salah laku seks Ustaz Mohktar Senik mereka juga wajib percaya dengan salah laku seks Anwar Ibrahim.

Isnin, 16 Januari 2017

Apabila Tun Mahathir berfatwa.

TUN MAHATHIR



Apabila Tun Mahathir berfatwa.

Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir suatu ketika dahulu terkenal sebagai seorang yang mempunyai pandangan yang jauh tersasar dari agama.

Malah, pernah beberapa kali ucapannya penuh dengan penghinaan terhadap agama. Antaranya ialah ketika Kerajaan Negeri Kelantan berhasrat ingin melaksanakan hukum hudud. Dengan selamba Tun Mahathir memperlekehkan dan menyindir hasrat kerajaan Negeri Kelantan melalui kata-katanya kalau ingin makan sup tangan datanglah ke Kelantan.

Begitu juga mengenai sunnah menyimpan janggut, Tun Mahathir mempersendakannya dengan hujah dangkalnya kononnya pada zaman Nabi Muhammad SAW, lelaki menyimpan janggut keramat waktu itu belum ada gillate.

Malah, beliau juga pernah mempersendakan tuntutan bertudung. Katanya, wanita Arab Jahiliah bertudung kerana lelaki-lelaki pada zaman itu kuat nafsunya.

Malah, jika diterokai pemikiran Tun Mahathir, kita akan dapati ia mempunyai banyak persamaan dengan pemikiran tokoh anti hadis Malaysia, Dr. Kassim Ahmad.

Tiba-tiba beberapa hari lepas, Tun Mahathir berubah menjadi cakna agama. Beliau memfatwakan BRIM sebagai rasuah dan haram hukumnya.

Walaupun beberapa orang Mufti menafikan dakwaan Tun Mahathir, namun agak ramai juga yang menelan bulat-bulat fatwa Tun Mahathir.

Marilah kita sama-sama tunggu dan lihat apakah fatwa Tun Mahathir yang seterusnya.

Jumaat, 13 Januari 2017

Mampukah parti pembangkang menguasai Putrajaya.


Sejujurnya itu adalah tidak mustahil. Cuma, bilakah detik itu akan berlaku.

Melihat kepada situasi sekarang, amat mustahil untuk pakatan pembangkang merampas Putrajaya.

Benar Barisan Nasional sedang sakit, namun jangan dilupai pembangkang hari ini sedang nazak.

Sejauh manakah Parti Amanah Negara dapat menggantikan kedudukan dan pengaruh PAS, dan setakat manakah kekuatan Parti Peribumi Bersatu Malaysia untuk menjejaskan UMNO. Ini semua masih menjadi tanda tanya.

Malah dalam dua pilihanraya kecil di Kuala Kangsar dan Sungai Besar pada tahun lepas, jelas membuktikan kekuatan sejati PAS menyumbang kepada 50% kepada kekuatan pakatan pembangkang selama ini.

Maknanya kalau berlaku pertandingan 3 penjuru, pasti sahaja pembangkang akan tersungkur dan BN akan menang besar