Sabtu, 1 Oktober 2011

ADUN DAP ditawar RM150,000 supaya lompat parti




ADUN Bentayan, Gwee Tiong Hiang hari ini mendedahkan bahawa tawaran telah dibuat oleh pihak-pihak yang mendakwa mewakili perdana menteri supaya meninggalkan DAP dan mengisytiharkan dirinya sebagai wakil rakyat bebas.

Dalam satu sidang akhbar di ibupejabat DAP di Kuala Lumpur, Gwee berkata, beliau telah ditawarkan RM150,000 wang tunai, 50 ekar tanah, sekurang-kurangnya RM5,000 elaun bulanan tambahan, sebuah pusat perkhidmatan dan seorang pembantu peribadi jika bersetuju melompat parti.

Menurutnya, seorang lelaki, yang pertama kali menghubunginya melalui telefon pada 26 September dan mendakwa sebagai setiausaha agung persatuan klan Wee Johor Baru, juga memberi jaminan bahawa Gwee, akan diberi sokongan jika bertanding menentang DAP dalam pilihan raya umum.

Gwee mendedahkan trankrip rakaman satu lagi perbualan telefon antara beliau dengan 'ejen' empat hari selepas dihubungi.

Katanya, 'ejen', tersebut, yang mendakwa mewakili perdana menteri, berkata wang tawaran itu akan datang dari pusat, tetapi akan disalurkan melalui persatuan berkenaan.

Rakaman perbualan dalam bahasa Mandarin pada 30 September itu juga diperdengarkan semasa sidang akhbar tersebut.
Gwee berkata, 'ejen' itu, bersama dengan seorang lelaki Melayu yang Gwee dakwa mewakili Jabatan Perdana Menteri, bertemu dengannya pada 28 September untuk buat tawaran pertama RM50,000.

"Lelaki itu berkata dia berasa kesian dengan saya bahawa kami
berkongsi nama keluarga yang sama dan dia mahu membantu saya kerana parti saya tidak mahukan saya lagi ...

"Tetapi saya rasa saya masih seorang (ADUN) DAP. Tawaran BN ini adalah tidak betul, saya perlu mendedahkan. Saya boleh memberitahu BN bukan setiap (ADUN) atau ahli parlimen DAP boleh dibeli. Saya sayangkan parti. Parti saya hanyalah DAP," kata Gwee, sambil mengesat air mata.

Sumber : M.KINI

ULASAN JIWA HAMBA:
INI bukti yang jelas UMNO/BN terlibat dalam pemerdagangan manusia.

Selasa, 27 September 2011

MAT SABU BAPA SEJARAH MALAYSIA



Semua warga Malaysia perlu berterima kasih kepada Mat Sabu. Malah Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial ,Profesor Dr Mohmmad Redzuan Othman ketika Wacana Merdeka Anjuran Jabatan Sejarah Universiti Malaya, pada 23 September 2011, ada menyebut, tanpa Mat Sabu yang mencetuskan isu sejarah, beliau yakin isu sejarah ini tidak akan menjadi hebat. Beliau turut mengakui, para ahli akademik ada had dan kadar yang membataskan mereka memberi komen yang tidak sealiran dengan establishment(kerajaan).

Kerana Mat Sabu, nama tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan yang cuba dipadam dan dipendamkan oleh UMNO kembali diselongkar dan dibongkar. Selama ini, warga Malaysia ditipu oleh UMNO, seolah-olah kemerdekaan adalah kerana titik peluh pemimpin-pemimpin UMNO.

Padahal UMNO adalah anak emas penjajah British, dan UMNO satu-satunya parti yang direstui oleh British ketika itu. Syabas buat Mat Sabu dan dengan ini amat layak untuk kita istiharkan Mat Sabu sebagai BAPA SEJARAH MALAYSIA.


'Sabuisme' cetus minat sejarah, kata professor


Ucapan kontroversi Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berhubung isu Mat Indera secara tidak langsung merancakkan perbahasan baru berhubung sejarah tanah air, kata Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya.

Sambil menyifatkannya sebagai fenomena "Sabuisme", Prof Datuk Mohamad Abu Bakar berkata, ia selari dengan erus globalisasi dan tuntutan pelbagai pihak supaya versi lain dirakamkan bersama dalam penulisan sejarah.

"Saya baru-baru ini dalam satu forum dengan Mohamad Sabu, puluhan ribu orang hadir. Di Jabatan sejarah baru-baru ini ratusan hadir.

"Sebelum itu, kalau forum pukul 8, pukul 8.30 baru orang hadir," kata Dr Mohamad sambil disambut ketawa kira-kira 500 yang hadir dalam forum "Wajarkah sejarah ditulis semula" anjuran Sinar Harian di Shah Alam hari ini.

Turut menjadi ahli panel Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Mohd Puad Zarkashi, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution dan sejarahwan Prof Datuk Ramlah Adam.

Mohamad menjelaskan lagi, beliau dapati berlaku lonjakan berhubung minat orang awam bagi membincangkan persoalan sejarah kemerdekaan tanah air akhir-akhir ini.

Bagaimanapun, beliau menolak fenomena apabila fakta dan tafsiran sejarah ditentukan oleh ahli politik kerena ia boleh bertukar dalam sekelip mata sahaja.

"Kalau politik saja (tentukan), bukan sahaja bila tukar kerajaan, tukar menteri pelajaran sahaja sudah tukar (tafsiran sejarah)," katanya lagi.

Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu mencetuskan polemik hangat apabila ucapannya pada 21 Ogos lalu mengenai tragedi Bukit Kepong dan Mat Indera mencuri perhatian banyak pihak.

Debat itu berlarutan kepada isu sama ada Tanah Melayu pernah dijajah dan membawa pemimpin PAS itu didakwa di mahkamah kerana menyifatkan pasukan polis yang mempertahankan rumah pasung Bukit Kepong sebagai "polis British".

Ahad, 25 September 2011

APABILA PERKASA MENYALAK




Sambutan Aidilfitri dan ceramah timbalan presiden PAS Mohamad Sabu di Seremban tercemar apabila beberapa penyokong PAS cedera akibat dibaling batu dan air botol oleh sebuah kumpulan kongsi gelap Melayu yang dikenali sebagai PERKASA.

Acara yang dijadual bermula jam 9 malam tetapi setengah jam sebelum itu, kira-kira 100 penyokong kumpulan pendesak Melayu, PERKASA mula berhimpun di tepi jalan utama yang terletak kira-kira 60 meter dari pentas ceramah.




(seorang mangsa keganasan PERKASA)

 
Mereka membawa sepanduk dan kain rentang seperti "Mat Sabu Pembohong", "Mat Sabu Perosak Bangsa" dan "Mat Sabu Hina Pejuang".

Pada awalnya, keadaan dilaporkan terkawal tetapi apabila Mohamad atau lebih popular dengan panggilan Mat Sabu mula menyampaikan ceramah pada jam 10.15 malam, ahli-ahli PERKASA itu didakwa cuba bergerak ke arah pentas.

Lebih Lanjut Lihat : Malaysia Kini

Ulasan Jiwa Hamba:
PERKASA itu Anjing dan Anjing Itu PERKASA. DULU anjing-anjing bernama PERKASA ingin melancarkan perang ke atas penganut-penganut Kristian. Tapi si Najib banggang tak ambil apa-apa tindakan pun. Macammana Najib nak ambil tindakan sebab PERKASA itu anjing-anjing belaan UMNO.