Sabtu, 30 Julai 2011

Umno gagal tunjuk teladan Islam


Umno yang selama ini mendakwa kononnya sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam sebenarnya, gagal dalam merealisasikan hasrat menggunung mereka untuk memperjuangkan Islam.
Walaupun telah begitu lama mentadbir negara, slogan Islam yang diperjuangkan oleh mereka menjadi nostalgia dan kenangan kerana tidak berjaya untuk mempraktikkan apa yang dilaungkan sejak menerajui kepimpinan negara.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, berkata demikian ketika berucap di hadapan ribuan hadirin yang membanjiri padang awam, Taman Bandar Baharu, Sungei Lalang, di sini malam tadi.
Menurut beliau lagi, Umno tidak menjadikan parti mereka sebagai sebuah parti contoh yang boleh diteladani dalam memberi kefahaman kepada bukan Islam.

"Umno juga gagal untuk meyakini rakan mereka seperti MCA, Gerakan, MIC, PBS dan komponen bukan Islam yang lain untuk memahami konsep Islam yang dibawa oleh mereka.

"Apabila PAS cuba menyatakan kebenaran dengan menunjukkan teladan yang baik dan menjadi tuntutan syariat, Umno akan menentang walaupun mengetahui kebenaran yang ada, " ujarnya lagi.
Beliau juga berkata, dalam tempoh singkat pemerintahan PAS dan PR di Kedah, usaha bagi mengekang maksiat dan kebatilan turut dibantah oleh Umno dan BN.

"Kenapa semasa PR perintah, hendak sekat umat Islam dari melakukan maksiat di tempat-tempat hiburan atau melalaikan, Umno yang didakwa memahami Islam, hendak menyekat usaha yang menjadi tuntutan ini.

"Sepatutnya Umno yang meluluskan enakmen hiburan tersebut pada tahun 1997 semasa memerintah dulu, menyokong untuk kebaikan umat Islam sendiri, bukannya menentang.

"Soal agama tidak harus dipolitikkan demi fahaman sempit yang menunjukkan kedangkalan ilmu dan kefahaman Islam yang sebenarnya," tambahnya lagi.
Jelasnya lagi, PAS adalah sebuah parti yang mampu untuk mengorak langkah membawa perubahan dalam pilihan raya umum yang akan datang, bukan saja kepada seluruh rakyat negara ini, malah mampu membawa reformasi dalam sistem pemerintahan negara



ULASAN JIWA HAMBA:
Tak menghairankanlah sebab apa MIC dan MCA sangat anti-islam sebab UMNO sendiri buta dalam islam. UMNO hanya pandai menghalalkan penyebaran video lucah jer. Maklumlah United Malays No Otak( UMNO)

JARINGAN MELAYU MALAYSIA PERLU CERMIN DIRI SENDIRI


Jaringan Melayu Malaysia (JMM) telah bertindak menyerahkan satu memorandum bagi mendesak Majlis Peguam supaya tidak dipengaruhi dan mencampuri isu yang dibangkitkan oleh mana-mana parti politik.
Yang Dipertua Kebangsaan JMM, Azwanddin Hamzah berkata, sejak kebelakangan ini, tindak-tanduk majlis itu bersifat prejudis, berat sebelah berpaksikan satu parti politik selain tidak menjalankan peranan menjaga kepentingan masyarakat.
Katanya, JMM juga meminta Majlis Peguam memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana bersikap prejudis terhadap beberapa isu khususnya bertindak menyebelahi sebelah pihak sahaja sedangkan mereka seharusnya menghormati sistem perundangan negara.
"JMM ada bukti yang menunjukkan penglibatan ahli Majlis Peguam dalam parti DAP termasuk mendaftar sebagai ahli serta beberapa kali mengadakan mesyuarat bersama pihak parti pembangkang…..


ULASAN JIWA HAMBA.

JH sokong 100% seruan JMM agar NGO tidak terlibat dalam politik secara langsung. Tapi, JH amat benci dan meluut dengan species ketam yang cuba mengajar anaknya berjalan. Siapakah ketam yang dimaksudkan, jawapannya ialah JMM. JMM meningingatkan JH kepada peribahasa orang tua-tua yang berbunyi “ memaku dulang, paku yang serpih. Mengata orang dia yang lebih.”
Siapa tak kenal dengan JMM, sebuah NGO yang agak racis. JMM juga bersifat pro BN dan anti-PR.

Jadi, JMM sepatutnya mencermin diri sendiri sebelum menyakahkan orang lain. Dalam beberapa kes, JMM telah bertindak di luar kewarasan dengan melabelkan pemimpim pembakang, termasuk Dr Haron Din sebagai syaitan bertanduk. JMM juga telah mendesak agar portal media yang pro- pembakang seperti Malaysia Kini dan The Malaysian Insider diharamkan serta-merta.

Jadi, JH mengharapkan agar JMM bersifat professional. Kamu tu dah dewasa dan jangan berperangai macam budak-budak yang belum bersunat.

Jumaat, 29 Julai 2011

SINGAPURA MENANG KERANA TENTERA UPAHAN



Pasukan Singapura menang kerana menggunakan ‘tentera upahan’ yang diimport dari beberapa buah negara. Ini kemenangan yang tidak berhak untuk dibanggakan.

Semua tahu, jaringan gol penyamaan pada minit ke-71 dihasilkan oleh Shi Jiayi, seorang ‘tentera upahan’ dari China.

Dulu, Kesultanan Melayu Melaka turut menggunakan tentera upahan dari Jawa untuk menjaga kedaulatan Melaka, tapi bila Portugis datang menyerang Melaka pada tahun 1511, tentera upahan ini lari meninggalkan Melaka.
Ketika berhadapan dengan kebangkitan Jambi, Kerajaan Johor juga telah mendapatkan bantuna tentera upahan yang terdiri daripada tentera-tentera Bugis. Tapi akhirnya orang-orang Bugis turut mengancam Kesultanan Melayu Johor.

Jiwa Hamba paparkan semua ni sebagai pengajaran sebab tak lama lagi, tentera upahan akan turut mewarnai bola sepak tempatan. Mungkin wira-wira tempatan seperti safee Sali, Syafiq Rahim, Norshahrul Idlan Talaha akan menjadi sejarah

Selasa, 26 Julai 2011

Najib diminta agar diam



Hazlan Zakaria
Jul 26, 11
6:08pm

Warga internet melepaskan kekecewaan berhubung kenyataan dan beberapa tindakan kerajaan akhir-akhir ini dengan menulis komen "diam lah" di halaman Facebook Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Mereka memulakan sindiran itu selepas tengah malam semalam setelah Najib memuatkan pautan ke artikel dalam blog terbarunya yang menyentuh soal tanggungjawab pemimpin dan keamanan negara.
Malah, ada yang menampal perkataan sama dengan tulisan yang besar di dinding (wall) halaman Facebook itu.

Perkataan “diam lah” turut dicatatakan di ruangan komen untuk masukan (posting) yang ditulis.

Warga internet yang pro-kerajaan bagaimanapun cuba berhujah bagi menangani tindakan itu dengan hamburan kata-kata kemarahan kepada penyokong Pakatan Rakyat. Bagaimanapun, tindakan itu gagal menangani tenaga lawannya yang jumlah jauh lebih ramai.

Sehingga berita ini ditulis, masukan menggesa perdana menteri supaya diam belum reda. Masukan terakhir dengan tulisan dengan blok besar baru dimuatkan hanya kira-kira lima minit lalu.



Ulasan Jiwa Hamba:
PM sepatutnya sedar segala tindakannya selama ini tidak mampu memenangi hati rakyat. Ramai orang sukakan PM tapi menyampah dengan isterinya, Rasmah Mansor.

Isnin, 25 Julai 2011

Tarikh lihat anak bulan Ramadan 1432 Hijrah dan Lokasinya

KUALA LUMPUR: Tarikh melihat anak bulan bagi menentukan permulaan puasa bagi umat Islam di seluruh Malaysia ialah pada petang Ahad ini, 31 Julai bersamaan 29 Syaaban 1432 Hijrah.

Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, tempat melihat anak bulan adalah Pontian Kecil di Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara (Melaka); Teluk Kemang (Negeri Sembilan); Bukit Melawati (Selangor); Pulau Angsa (Selangor); Bukit Jugra (Selangor), Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam (Selangor); Pantai Pasir Panjang (Perak); Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh (Pulau Pinang); Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda (Kedah); Pemandangan Indah, Pulau Langkawi (Kedah); Menara Alor Setar (Kedah). Selain itu, Bukit Besar, Kuala Terengganu (Terengganu); Bukit Kemuning, Kemaman (Terengganu); Pulau Perhentian (Terengganu); Balai Cerap KUSZA, Setiu (Terengganu), Bukit Peraksi, Pasir Puteh (Kelantan); Bukit Kampung Tembeling, Kuala Krai (Kelantan); Menara Bangunan SEDC, Kota Bharu (Kelantan).


Lokasi lain adalah Tanjung Lubang, Miri (Sarawak); Teluk Bandung, Kuching (Sarawak), Tanjung Batu, Bintulu (Sarawak); Balai Cerap Al-Biruni, Putatan, Sabah; Bukit Tanjung Batu, Nenasi (Pahang); Gunung Berincang, Cameron Highlands (Pahang); Bukit Pelindong, Kuantan (Pahang).

Selain itu, tempat melihat anak bulan turut meliputi Menara Universiti Malaysia Sabah (Labuan); Menara Kuala Lumpur (Kuala Lumpur); Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis).

Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab, dan pengisytiharan tarikh permulaan puasa akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia melalui radio dan televisyen pada malam itu juga. - BERNAMA


sumber:


MKN kaitkan Asri, ulama Umno dengan Wahabi




Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini menimbulkan kebimbangannya terhadap beberapa tokoh agama di Malaysia, termasuk bekas Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang dikaitkan dengan fahaman Wahabi dan aktiviti terorisme.

Menurut sumber, dalam taklimat tertutupnya yang antaranya disertai mufti dan wakil majlis agama Islam negeri di Putrajaya hari ini, seramai 40 ulama muda Umno turut dikaitkan sama.

"Kerajaan Arab Saudi didakwa menjadi dalang di sebalik apa yang berlaku. Saudi dikatakan di belakang tokoh-tokoh ini," dakwa sumber itu.

Usaha Malaysiakini menghubungi pihak MKN - majlis bawah Jabatan Perdana Menteri - di Putrajaya untuk mengesahkan dakwaan tersebut setakat ini belum berhasil.

Menurut sumber, dalam taklimat lebih tiga jam bermula 9.30 pagi tadi, tokoh-tokoh yang disebutkan itu dikatakan 'dinaungi' kerajaan Arab Saudi dan beberapa lagi negara teluk seperti Kuwait dan Bahrain.
"Saudi juga dikatakan penyumbang kepada faktor kejatuhan kerajaan (empayar Islam Turki) Uthmaniyah (1299-1923)," dakwa sumber-sumber.

Dr Asri: Hati-hari sokong parti kerajaan

Seorang tokoh agama Selatan Thailand Ismail Lutfi juga dikaitkan dengan jaringan itu, tambah sumber.

Penceramah popular Dr Muhammad Uthman El-Muhammady dikatakan antara tokoh terlibat membuat pembentangan dalam majlis tertutup itu.

Tidak seperti ulama muda Umno, Dr Asri sebelum ini sudah pernah dikaitkan dengan aktiviti “terorisme agama” dalam taklimat anti-keganasan anjuran pihak polis.

Sementara itu, Dr Asri ketika dihubungi Malaysiakini secara sinis berkata tidak terkejut dengan dakwaan itu kerana sekarang ini "orang yang memakai baju kuning pun boleh dianggap komunis".

Bagaimanapun, tambahnya, beliau agak pelik tentang kedudukan ulama muda Umno - antara yang didakwa berhempas pulas mempertahankan kerajaan - juga boleh disenaraikan.

"Jadi, saya minta golongan ulama berhati-hatilah hendak berjasa dengan parti kerajaan," sindirnya yang pernah diurakan-urakan akan menyertai Umno bersama kumpulan itu sebelum ini.

'Tolak juga fahaman tak demokratik'

Dr Asri juga mempersoalkan kewajaran mengaitkannya dengan terorisme sedangkan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar (kiri) sendiri didakwa tidak keberatan memohon bantuan daripadanya dalam sesuatu isu.
Seminggu sebelum perhimpunan BERSIH2.0, ketua polis negara sendiri telefon saya untuk bantu tenteramkan masyarakat (yang hendak berhimpun). Takkanlah ketua polis negara menghubungi teroris?

"Semalam bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi menziarahi rumah saya di sini (Pulau Pinang), takkan sebesar ini jaringan teroris," katanya yang terkenal dengan kelantangan dan sifat sinikal itu.

Mengulas tentang kerajaan Arab Saudi yang dilibatkan sama, Dr Asri menyuarakan kebimbangannya terhadap kemungkinan terjejasnya hubungan diplomatik antara kedua-dua negara yang baik ketika ini.

Berhubung fahaman Wahabi, Dr Asri berkata, beliau berpendirian, aliran itu - merujuk kepada tafsiran menolak kepelbagai pandangan dalam agama - hendaklah ditolak seluruh umat Islam.

"Dalam masa yang sama, (kena) tolak juga fahaman yang tidak demokratik, yang anti hak rakyat, anti hak bersuara dan hak berkumpul rakyat.

"Ulama mesti fikir, fahaman tidak demokratik juga ancaman kepada negara pelbagai kaum seperti Malaysia," kata pensyarah di Universiti Sains Malaysia (USM) itu.



Aku Sangat Tertarik dgn Komen dari Dato Seri Shahidan Kassim

APAKAH WAJAR MKN MENGADAKAN SESSI DEMIKIAN RUPA, SETELAH MENTERI AGAMA ARAHKAN AGAR MAJLIS TERSEBUT DIBATALKAN ATAU DITANGGUH KERANA TOKOH2 YG MEMBERI TAKLIMAT TIDAK CUKUP ILMU MENGENAINYA.CONTOHNYA:
1)DR.UTHMAN MUHAMMADI MEMPUNYAI PENDIRIAN YG SAMA DGN MUHAMMAD ABD WAHAB TENTANG PEMERENTAH IAITU TIDAK BOLEH DERHAKA.KELAINANNYA, UTHMAN MUHAMMADI PERCAYA KEPADA BERKAT WALI YG TELAH MENINGGAL DAN BOLEH BERDOA DIKUBUR2 MEREKA SEMENTARA MUHAMMAD ABD WAHAB MELARANG.
NYA.(DATUK UTHMAN ADLAH PENGAMAL TARIKAT TAL 7 YG DIHARAMKAN).
2)TUDUHAN KEPADA KERAJAAN SAUDI BOLEH MEMBAWA KEPADA IMPLIKASI HUBUNGAN DIPLOMATIK YG KURANG BAIK.INDONESIA DGN PENDUDUKNYA LEBIH 230 JUTA BERAGAMA ISLAM TIDAK PERNAH BERBUAT DEMIKIAN.DEMIKIAN JUGA NEGARA2 TIMUR TENGAH YG LAIN LAIN.APAKAH HUBUNGAN BAIK MALAYSIA BOLEH DIROSAKKAN OLEH UTHMAN MUHAMMADI DAN MKN SAJA? KAMI MAJORITI RAKYAT NEGERA INI TIDAK REDZA.
3)PENCERAMAH SEORANG LAGI DIPENGARUHI OLEH FAHAMAN AHBASH YG MILITANT..
KAJIAN CETEK MKN DAN SELEPAS ITU MEMBUAT KESIMPULAN KESELAMATAN ADALAH SATU PERBUATAN YGN TOLOL DAN BODOH.

Rujukan :

Ahad, 24 Julai 2011

Ceita Warung Kopi




Warung Kopi, itulah tanda pengenalan blog aku. Sebut sahaja warung kopi, tentu anda akan terbayangkan kehidupan di kampung. Ia cukup popular satu masa dahulu. Mungkin ia layak dianggap sebagai retro walaupun bukan klasik. Hari ini, warung kopi masih wujud , cuma tidak sehebat dulu.

Warung Kopi bukan setakat tempat untuk minum kopi atau lain-lain minuman. Pelbagai fungsi yang dijalankan di situ kalau kita perhatikan. Bermain dam, itu antaranya. Tapi lebih menarik dari itu ia adalah medan untuk rakyat bersidang. Ia umpama Parlimen dan juga Dewan Undangan Negeri. Di sini, orang-orang kampung bebas bertikam lidah dan bersilat kata. Jangan anggap orang kampung buta politik . Malah, ada ketikanya ia jauh lebih matang dari penganalisis politik yang betaraf professor kangkung dari universiti terbilang. Jauh lebih bijak dari wakil-wakil rakyat bajingan yang hanya tahu mengumpul harta dan kekuasaan.

Warung kopi adalah nama blog aku. Aku akan membudayakan kehidupan dan amalan warung kopi di dalam penulisanku. Aku akan menulis tentang sukan,ekonomi dan apa sahaja termasuklah politik.