Sabtu, 30 Mac 2013

BN Kelantan pilih tokoh ulama sebagai calon



KOTA BHARU - Barisan Nasional (BN) Kelantan akan menampilkan tokoh ulama serta calon yang mantap untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, pemilihan calon sudah di peringkat akhir dan ia akan menampilkan muka lama dan baru. “Kami mahu setiap calon yang dipilih diterima dan disukai rakyat supaya membawa kemenangan kepada BN di negeri ini,” katanya. Sebelum itu, beliau meluangkan masa lebih sejam melawat kawasan Karnival Pengajian Tinggi Negara 2013 di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV.

Menurutnya, BN akan berusaha sungguh-sungguh dan meletakkan calon terbaik, walaupun sedar bahawa sesiapa pun diletakkan sebagai calon, mungkin ada yang akan mempertikaikannya. Mustapa berkata, bagi beliau dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, mereka yang terpilih adalah barisan terbaik yang dipilih di kalangan tokoh di Kelantan. Sementara itu, mengulas mengenai pertemuan beliau dengan Najib, yang juga Presiden Umno dan Pengerusi BN, di Putrajaya kelmarin, Mustapa berkata, pertemuan seperti itu sudah diadakan sejak enam bulan lepas. Menurutnya, ia bagi membincangkan perkara berkaitan parti, terutama mengenai senarai calon BN Kelantan. 

 Ditanya mengapa Najib belum membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada PRU13, Mustapa berkata, beliau percaya Najib mahu hasil transformasi yang dilaksanakan, termasuk dalam bidang ekonomi, dirasai rakyat. "Ia tiada kaitan dengan apa-apa desakan pembangkang. Ini strategi Najib dalam memastikan rakyat melihat hasil kerja, termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA),” katanya, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri. 

 Mustapa tidak menolak kemungkinan banyak lagi program peletakan batu asas bagi projek tertentu dilakukan kerajaan Pas Kelantan, dan menyifatkan tindakan seperti itu 'tidak lebih daripada gimik politik' menjelang pilihan raya.

 Sumber:http://www.sinarharian.com.my/politik/bn-kel
antan-pilih-tokoh-ulama-sebagai-calon-1.144670

Selasa, 26 Mac 2013

AKHIRNYA TUN MAHATHIR BEROLEH HIDAYAH.




Setelah sekian lama bersahabat dengan SYAITAN YANG DIKENALI, akhirnya Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad beroleh hidayah. Perkembangan ini amatlah membanggakan dan tarikh 25 MAC sepatutnya diistiharkan sebagai HARI HIDAYAH SEMALAYSIA serta tarikh tersebut seharusnya juga dijadikan sebagai cuti umum. 

Selama ini Tun Mahathir amat akrab dengan SYAITAN YANG DIKENALI dan sepanjang tempoh menjalin hubungan mesra dengan SYAITAN-SYAITAN YAN DIKENALI Tun seringkali menyerang dan menghina islam baik menerusi ucapan, tulisan mahupun tindakan. Antaranya ialah menentang perlaksanaan hukum hudud di Kelantan, menghina sunnah Nabi S.A.W, seperti menyimpan janggut dan mempersenda wanita-wanita yang menutup aurat dengan mendakwa wanita arab menutup aurat kerana lelaki-lelaki arab mempunyai nafsu yang ganas. 

Setelah memperoleh hidayah, Tun Mahathir menyeru agar umat islam berpegang kepada Al-Quran. Tapi, tak dapat dipastikan apakah yang Tun Mahathir maksudkan. Adakah berpegang dengan Al-Quran dalam erti kata membaca, menghayati dan beramal dengan tuntutan kitab suci tersebut, atau sekadar memegang Al-Quran seperti beliau memegang sudu dan garpu.

Harap-harap Mufti paling otai yang bernama Uncle Harussani Zakaria sudi memberi tunjuk ajar kepada Tun Mahathir tentang cara-cara memegang Al-Quran yang sebenar.

Isnin, 25 Mac 2013

Dr. Uthman El- Muhammady meninggal dunia




Tokoh agama terkenal, Dr Uthman el-Muhammady kembali ke rahmatullah. Sesungguhnya negara telah kehilangan seorang ilmuan islam yang telah banyak mencurahkan jasa. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang yang soleh. Al-Fatihah. 

Biodata Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady 


  • Ustaz Dr. Muhammad ‘Uthman El-Muhammady dilahirkan di Kampong Telok, Panji, Kota Bharu, Kelantan Darulnaim pada 1 Februari 1943 
  • Bermula pendidikannya dengan bersekolah Melayu, kemudian memasuki “Special Malay Class” tahun 1943 di Sekolah Sultan Ismail, yang kemudiannya menjadi Maktab Sultan Ismail, atau “ Sultan Ismail College” hingga ke Tingkatan 5. 
  •  Beliau kemudiannya mengambil Higher School Certificate (HSC) di Maktab Sultan Abdul Hamid, Alor Star Kedah. 
  •  Pada tahun 1963, beliau memasuki Universiti Malaya Kuala Lumpur dan mendapat B.A. dalam Pengajian Islam tahun 1966. 
  • Kemudian beliau menjadi tutor dan mendapat M.A. tahun 1969. Beliau terus mengajar di Jabatan Pengajian Islam UM hingga ke tahun 1973 
  • Apabila beliau kembali ke Kelantan untuk menumpu masa sebagai seorang penulis dan pendakwah bebas. 
  • Pada tahun 1995, beliau dikurniakan Ijazah Doktor Persuratan Kehormat (D.Litt.) oleh Universiti Sains Malaysia (USM) kerana usaha-usaha dan penulisannya dalam pemikiran Islam dan dakwah.

Krdit buat:http://www.bicaradariaku.com/2013/03/dr-uthman-el-muhammady-kembali-ke.html