Selasa, 7 Mei 2013

Najib perlu beri laluan kepada Muhyiddin




Najib Razak sepatutnya member laluan kepada timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menerajui negara kerana keputusan PRU13 yang mengecewakan. Najib gagal menjadi juara di hati rakyat, walaupun dia wira perkasa di mata Rasmah Mansor. 

 Walaupun telah membazir jutaan ringgit untuk membeli undi rakyat, ternyata Najib tetap gagal. Ini semua amat memalukan, jadi Najib perlu serahkan jawatan Perdana Menteri kepada timbalannya yang terkenal sebagai manusia paling alim dalam UMNO gara-gara mampu melaungkan azan dengan suara yang merdu. 

Dijangkakan, beberapa orang pemimpin UMNO akan mendesak Najib bertanggungjawab d iatas kekalahan teruk BN. jika ini berlaku, maknanya persitiwa pada tahun 2008 akan berulang kembali. Masa itu Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Puad Zarkashi dan lain-lain pemimpin Umno telah buat kenyataan – meminta Pak Lah (Tun Abdullah Badawi) untuk bertanggungjawab dengan kegagalan di PRU12.

Tiada ulasan: