Khamis, 13 Oktober 2011

Media belaan UMNO menghina rakyat Johor



Rakyat Johor digambarkan sebagai tidak bertamadun dan ganas. Itulah imej yang sedang dicipta oleh media belaan UMNO . Media-media laknat ini begitu bernafsu memaparkan berita bantahan rakyat Johor terhadap Lim Guan Eng. Media bodoh ini cuba menonjolkan kemarahan rakyat Johor terhadap KM Pulau Pinang tersebut.

Wahai media belaan UMNO yang banggang lagi bodoh, yang membantah Lim Guan Eng tu tidak mewakili rakyat Johor. Mereka tu anjing-anjing belaan UMNO yang didatangkan dari seluruh pelusuk negara. Mereka dibayar untuk membuat kacau.

Oh! Media belaan UMNO. Oh! Anjing belaan UMNO.


 
Kredit buat Ikut Suka Aku.

PEKIDA Nak Pijak Kepala Gua...???? hahaha... PEEEGIIIDAAAA...!!!!

1) Pertubuhan Profesional Melayu
2) Pewaris Bangsa Malaysia (Prowaris)
3) Pertubuhan Penyatuan Pembelaan Melayu Malaysia
4) Gerakan Belia 4B Segamat
5) Persatuan Belia Batu Anam
6) Persatuan Belia Bestari Bistari Kampung Paya Lebar, Segamat.

Gua nak tanya nih... dalam senarai NGO yang lu katakan tu... dari senarai 1 hingga 6 campur peeeeegida lu tu... sudah jadi 7 NGO yang dok ada...., ada tak puak2 pembangkang PR dari PKR, PAS dan DAP yang bersama2 dalam himpunan aman melayu muda tuuuuu....???

Ada sesiapa tak dari melayu2 Pakatan Rakyat yang joint semua NGO tu... terutama sekali PEGIDA... hahaha... gua berani kerat tote lagi sekali kalau ada puak2 PR yang join NGO2 yang lu maksudkan tu... semua muka2 melayu dalam NGO tuuuu... kompom anak2 melayu umporno... lu pergi kencing mat lombok laaaaa... lagi bagus...???

Alasan paling munasarawak gua katakan begitu.... sebabnya kalau bab bodek membodek Sultan2 dan Raja2 nih semua kerja bangsat melayu2 umporno jer.... puak2 talam lima enam muka... hipokrit tahap gaban dalam bab membela kesultanan and raja2.... hahaha... haprak punya kaki...

Gua ulang lagi sekali... gua berani kerat tote jikalau ada puak2 PR yang joint PERGIDA beb...!!!! Sebab semua orang tau terutamanya rakyat 1Malaysia dah tau PERGIDA nih adalah gangster peliharaan umporno... yang suka mengambil kesempatan menindas orang2 melayu....

Gua bagi contoh, banyaklah lu orang punya Ayahanda Mak Bonda.... lu punya Ayahanda kat Gombak nih... sembang punyalah deras, kenal menteri tu menteri ini.. kononnya kabel besar tiang balak... lastly rumah sendiri nak kena lelong... hahaha..., tengah termengah2 buat rayuan dengan pihak bank pun masih nak berlagak... minta sokongan/kabel dari Pak Menteri... akhirnya Pak Menteri hantar surat kat Bank... tak sebut pun pasal rumah nak kena lelong, yang dia sebut hanya kenalan sahaja... apa lu ingat Bank mau layan Pegida punya Ayahanda yang kenal Bapak si Dafi tuuuu...... kah..kah...kah.... Bank bolayan bebbbbb....!!!!

Lagi satu contoh gua mau kasi tau, lu mau tau apa PEGIDA punya gangster bacul kat Shah Alam dah buat... memang cilanat puak2 tuuuu... ini kejadian dalam bulan puasa dua bulan lepas... disebabkan perselisihan antara budak melayu dan india, dua kepala gangster (ganster melayu-pegida dan ganster india-top18) sudah duduk semeja buat perjanjian dan berdamai.

Selang beberapa hari gangster PEGIDA sudah mungkir janji beb.... hahaha... gangster melayu tahap bangang sudah angkut 4 biji kereta dan hampir 20 biji motor pergi serang rumah kepala gangster india beb....!!!!

Paling gampang dan dayus sekali apabila yang di namakan gangster melayu nih dah hempuk pasu bunga ke bahu emak gangster india tadi.... sehingga laporan hospital mengesahkan tulang bahunya retak dan terdapat darah beku di kawasan kecederaan.

Apa barang... punya gangster melayu celaka macam nih... urusan orang muda settle cara orang muda laaaa... yang pergi henyak orang tua umur 70an apasal.... itu pasal gua katakan PERGIDA nih kumpulan gangster tarak otak beb... berkokok ramai2 berani laaaaa... main pukul curi berani laaa... cuba sorang2... Mat Sabu pun lu orang boleh tersasul panggil YB... kah...kah...kah....

Walau apapun kes di atas tu sudah jadi kes polis... Ahli Parlimen Shah Alam (Khalid Samad) pun maklum akan perkara tersebut... kalau tak caya pergi check di Balai Polis Seksyen 11, Shah Alam....

Pasal tu gua amat menyampah dengan gang2 PEGIDA nih... dan nama PEKIDA tu lebih baik lu suruh diorang tukar kepada PERRRGIIIIIIIIDAAA..... apa yang paling kompom sekali puak2 nih semuanya penyokong umporno dan ramai dalam Pemuda Gerak Tempur umporno.... lagi mau sembang apa beb...

Soal maruah Negeri Johor konon.... soal maruah negeri Terengganu yang sultannya lu orang gelar Binatang apa kejadahnya pulak... soal Sultan negeri Kelantan yang lu orang tabalkan di padang bola apa ke halnya... apa negeri2 lain takda maruah ke.... negeri johor jer... ada maruah, bangang tak sudah2 puak2 umporno nih...











Isnin, 10 Oktober 2011

GENERASI FACEBOOK AKAN MENGHAPUSKAN UMNO



Ledakan Teknologi Maklumat merupakan ancaman terbaru kepada parti warisan penjajah, iaitu UMNO. Dulu, berbekalkan media arus perdana UMNO berjaya membutakan mata dan memekakkan telinga rakyat. Berbekalkan media arus perdana, UMNO dinobatkan sebagai WIRA MAHA PENYELAMAT. Berbekalkan media arus perdana, UMNO dianggap jaguh membela rakyat.

Hari ini, media alternatif mula mengambil tempat. Segala pembohongan UMNO mula didedahakan. UMNO yang dahulunya dianggap sebagai DEWA PENYELAMAT, tapi kini telah dianggap sebagai IBLIS LAKNAT. Utusan Malaysia, Berita Harian, TV1, TV2 dan TV3 sudah dianggap lapuk dan tidak releven. Malaysia Kini, The Malaysian Insider, Harakah Daily dan Keadilan Daily mula diminati dan dicari oleh penagih maklumat terkini dan pencinta fakta yang hakiki.

Sedarlah wahai Najib, genarasi sekarang sudah tidak pekak dan buta. Mereka generasi Facebook dan Blogger. Mereka akan kuburkan UMNO durjana.


Luar bandar juga akan tolak BN nanti

PAS yakin, penduduk luar bandar juga akan menolak BN sedikit waktu lagi dengan perkembangan pesat teknologi maklumat yang ada sekarang.

Ini kerana, BN tidak akan mampu mengawal media sebagaimana yang dilakukannya sekarang sehingga menyebabkan BN hanya disokong pengundi luar bandar.

Demikian kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dalam kenyataanya kepada Harakhdaily.

Sehubungan itu, Perdana Menteri diberikan ingatan, dengan teknologi maklumat yang ada sekarang, penduduk luar bandar juga akan menolak BN apabila mereka mendapat maklumat yang tepat nanti.

"Walaupun penduduk luar Bandar tidak begitu pantas untuk mendapat maklumat semasa dan menapis propaganda BN, namun anak-anak mereka yang akan menyalurkan maklumat kepada ibu bapa dan orang kampung," katanya.

Idris berkata, ini akan berlaku kerana sebahagian besar penjawat awam dan eksekutif swasta berasal daripada luar bandar, dan merekalah yang menjadi duta maklumat Pakatan Rakyat di kawasan luar Bandar ketika mereka pulang ke kampung di hujung minggu.

"Fenomena ini bersedialah BN akan menjadi parti pembangkang di negara ini selepas PRU 13 apabila tembelang BN sudah diketahui oleh rakyat termasuk penduduk luar bandar," katanya.

Beliau memetik ingatan bekas presieden Amerika, Abraham Lincoln ada menyebut “Kamu boleh berbohong dalam satu masa, tetapi kamu tidak boleh berbohong dalam semua masa”

Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini melahirkan rasa bimbangnya kerana BN hanya parti yang disokong oleh penduduk luar Bandar sahaja.

Ia mengharapkan seluruh jentera BN bekerja keras supaya menarik perhatian penduduk bandar supaya menyokong BN.

"Inilah luahan rasa kebimbangan beliau ketika memberi taklimat kepada jentera BN Wilayah Persekutuan 9 Oktober 2011.

"Persoalannya sampai bila BN mampu mempertahankan sokongan di kalangan penduduk luar bandar sahaja? " soal Idris.

Bagi beliau, dunia sekarang sudah menjadi seperti satu kampung di era lebuh raya maklumat.

Sedikit masa lagi penduduk luar Bandar juga mampu memiliki kemudahan yang sama, pada waktu itu di manakah BN mahu bersembunyi.

Penduduk bandar yang mempunyai kelebihan untuk akses maklumat dengan lebih cepat tidak lagi boleh ditipu oleh media perdana BN malahan sebahagian besar mereka membakul sampahkan sahaja segala maklumat yang keluar daripada propaganda BN, katanya.