Ahad, 15 Januari 2012

MALAYSIA PEWARIS DASAR APARTHEID DAN PENERUS SISTEM KASTA.

(pengikut kasta umnosialan yang ingin bunuh MB Kelantan)


Tiba-tiba penganut mazhab umnosialan(akan aku tukarkan kepada kasta umnosialan sedikit masa lagi) menjadi kecoh dan terus gila babi apabila seorang mahasiswa USM membuat lawak ingin meletakkan bom pada helikopter yang akan dinaiki oleh Haji Najib ke kampus USM minggu hadapan.

Bodoh, bahlul serta banggang, itulah istilah yang paling tepat untuk diberikan kepada penganut mazhab umnosialan ini. Wahai penganut mazhab umnosialan, betapa bodohnya dirimu! Mana mungkin orang yang ingin melakukan pembunuhan akan mengistiharkan tindakannya itu di facebook dan mana-mana laman sosial.

Ini bukti yang jelas, Haji Najib mempunyai penyembah yang setia di kalangan penganut mazhab umnosialan. Dengar cerita pelajar tersebut telah pun di tahan oleh polis. Wah, Cekapnya pihak polis dan pantasnya mereka membuat tangkapan.

Tapi aku hairan, sebab pernah dulu, seekor penganut mazhab umnosialan melakukan ugutan bunuh terhadap Menteri Besar Kelantan, Dato Nik Aziz Nik Mat. Perbuatan yang sama, iaitu ugutan bunuh dan menerusi wasilah yang sama, iaitu facebook.

Tapi yang gila babinya, bakal pembunuh MB Kelantan itu tidak diapa-apakan. Seingat aku tiada tangkapan yang dibuat dan penganut umnosialan itu bebas merdeka sampai sekarang untuk menyebarkan mazhab umnosialan. Lagi gila babi, surat khabar yang menjadi anjing belaan dan buruan kepada umnosialan menyalahkan MB Kelantan. Kata surat khabar milik umnosialan, ugutan bunuh terhadap MB Kelantan itu berpunca daripada tindakan MB Kelantan yang merugikan Melayu dan islam kerana bekerjasama dengan DAP dan PKR. Inilah bukti yang kukuh betapa hebatnya dasar Apartheid yang diamalkan di Malaysia. UMNOSIALAN MULA MEMBENTUK KASTA YANG MAHA MULIA DAN MAHA HEBAT SERTA MAHA SUCI.

Lihat lagi bukti Malaysia mengamalkan dasar apartheid dan sistem kasta. Beberapa minggu yang lepas, pejuang kemerdekaan mahasiswa Adam Adli telah digantung pengajian selama tiga semester gara-gara menurunkan bendera bergambar Haji Najib semasa mengadakan demontrasi. Tak cukup dengan itu, Adam juga pernah menerima kecaman dan ugutan bunuh, Lagi gila babi anggota polis sendiri( Roslan Mokhtar) telah bertindak menumbuknya ketika Adam membuat laporan polis mengenai ancaman dan ugutan yang diterimanya. Sangat-sangat gila babi, kerana kejadian berlaku di balai polis bukit aman. Ini bukti yang jelas, orang-orang yang berkasta umnosialan boleh melakukan jenayah di mana-mana sahaja termasuk dibalai polis. Mereka kebal walaupun mereka sebenanrya bebal.

Kepada orang-orang berkasta umnosialan, aku ingin bertanya, siapakah yang lebih biadap dan kurang ajar antara Adam Adli dengan SI HITAM METALIK dari Pulau Pinang yang bernama Mohamed Ghani Abd Jiman. Si Hitam Metalik itu pernah menghadiahkan sekuar dan baju dalam wanita kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Terbaru si hitam metalik yang sial lagi durjana ini telah menghadiahkan kek berbentuk tahi manusia kepada Lim Guan Eng. Malah sebelum itu, si hitam metalik itu pernah menghadiahkan keranda kepada wakil rakyat dari Pakatan Rakyat di Pulau Pinang.

Tapi yang menghairankan tiada pula tindakan diambil terhadap si hitam metalik ini. Inilah juga bukti yang jelas, Malaysia sedang menuju ke arah pelaksanaan dasar Apartheid. Dasar yang memberikan kebebasan kepada orang-orang berkasta umnosialan untuk melakukan apa sahaja bentuk jenayah. Jenayah dan dosa mereka sentiasa direstui dan diredai bagi memastikan pemipin tertinggi kasta mereka, iaitu Haji Najib kekal berkuasa.


Jom tonton aksi pemimpin tertinggi kasta umnosialan sedang menari.