Sabtu, 17 September 2011

Edisi Siasat : Bongkar Skandal Sulit UMNO dan Komunis.



UMNO dan KOMUNIS bukan sahaja rapat dan akrab malah mereka pernah bersekedudukan.

Di Malaysia, UMNO yang dipimpin oleh suami Rasmah Mansor(dikenali juga sebagai Mat Monggol) kelihatannya amat membenci Komunis. Baguslah, memang perlu umat islam membenci komunis sebab idealogi komunis memang bercanggah dengan islam dan mana-mana agama.

Tapi,para pemimpin United Malays No Otak(UMNO) ni silap dalam menyalak. Yang Mat Sabu bangkit memperjuangkan kembali kisah pejuang-pejuang berhaluan kiri yang dipinggirkan, juga pemurnian kisah Mat Indera. Mat Sabu dan PAS tidak pernah merestui, apatah lagi menghalalkan perjuangan yang berasakan idealogi komunis.

Disebabkan kebanyakkan pemimpin United Malays No Otak ni masih belum Mumayiz,jauh sekali akil baligh, maka perlulah aku bercerita tentang tindakan MB Kelantan pada tahun 2004 yang tidak merestui Syed Husin Ali-Timbalan Presiden PKR daripada bertanding di Parlimen Kota Bharu. Ini kerana Dr Syed Husin Ali adalah bekas pemimpin utama Parti Rakyat Malaysia yang berfahaman Sosialis. Jika berfahaman Sosialis pun Mursyidul Am Pas tak izinkan, inikan pula Komunis. Sebab, Sosialis itu ibarat kentut dan Komunis pula ibarat tahi.

Sekarang mari kita lihat skandal sulit antara UMNO dan Komunis. Pertama,UMNO bertindak kejam terhadap anak-anak Melayu yang turut serta dalam jihad memerangi Soviet Union di Afghanistan. Semua tahu antara pejuang-pejuang islam yang berbangsa Melayu itu adalah Nik Adli bin Nik Aziz. Tapi UMNO durjana telah bertindak kejam dengan menangkap dan menghumban anak MB Kelantan ini mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri(ISA). Selain Nik Adli, seorang lagi Mujahidin Melayu yang turut serta memerangi Komunis Soviet union di Afghanistan ialah Zainon Ismail. Beliau juga turut dikenakan tahanan ISA.

Selain itu, terdapat dua orang anak Melayu yang gugur syahid ketika menentang komunis Soviet Union di Afghanistan. Mereka ialah Abdul Aziz Samad dan Fauzi Ismail.

Wahai UMNO durjana, mereka ini sanggup meninggalkan keluarga dan kesenangan hidup untuk membebaskan bumi islam Afghanistan dari cengkaman komunis Soviet Union, tapi kau telah bertindak kejam terhadap mereka. Kau ISAkan mereka dan kau langsung tidak mengenang jasa mereka yang terkorban. Aku bukan mengharapkan anugerah Datuk mahupun Tan Sri kepada mereka,tapi cukuplah jika kau tidak melabelkan mereka sebagai pengganas atau militan.Kau memang bangsat wahai UMNO.

Skandal sulit kedua yang melibatkan UMNO dan Komunis ialah apabila United Malays No Otak(UMNO) dan Parti Komunis China(CPC) menandatangani MoU di Beijing pada 4 Ogos 2010. Matlamat MoU ini ialah bagi membolehkan penukaran pemimpin(selain maklumat) di semua peringkat bagi mengetahui perjalanan parti masing-masing,baik di China atau di Malaysia.

Bila perkara ini didedahkan kepada umum, maka ‘berfirmanlah’ Najib “Komunis dulu lain dan komunis sekarang lain.” Mangkuk punya Najib, sepatutnya kau kata “ UMNO dulu lain dan UMNO sekarang lain. Presiden UMNO dulu suka gadis tempatan dan Presiden UMNO sekarang suka gadis Monggol.”

Wahai suami Rasmah yang bernama Najib, mari kita ceritakan kepadamu, tentang kekejaman Komunis China terhadap umat islam di China terutamanya terhadap umat islam di wilayah Xinjiang. Apa kau ingat kekajaman Komunis China terhenti setakat Revolusi Kebudayaan 1966-1968. Di mana kau wahai suami Rasmah ketika kerajaan Komunis China bertindak kejam terhadap umat islam Xinjiang pada tahun 2009. Atau mungkinkah kau belum dilahirkan pada tahun 2009. Tahukah kamu wahai suami Rasmah, Komunis China juga menghalang umat islam di Xinjiang dari menunaikan puasa.

Hampeh kau Najib. So, tak perlulah kau menafikan skandal sulit tahap ‘bersekedudukan’ antara parti yang kau pimpin dengan komunis.