Isnin, 17 Oktober 2011

JANGAN IZINKAN MUHYIDDIN YASSIN MEMIJAK BUMI KEDAH.



Muhyiddin bin Yassin selaku orang nombor dua parti warisan penjajah, UMporNO. Muhyiddin merupakan mahkluk yang berhati busuk. Muhyiddin amat kecewa apabila Kedah dapat dimerdekakan daripada penjajahan UMporNO.

Muhyiddin merupakan manusia yang sangat pendendam. Amat jahat dan terlampau keji. Itulah sifat-sifat iblis laknatullah yang bersarang dalam hati Muhyiddin Yassin. Jijik lagi hina, itu pula sikap dan pendekatan yang diambil oleh Muhyiddn terhadap kerajaan dan rakyat negeri Kedah.

Ketika Kedah dilanda banjir besar pada tahun 2010, Muhyiddin yang hina lagi keji telah mengambil kesempatan untuk mendera dan menyiksa kerajaan negeri Kedah, disamping menghina seluruh rakyat Kedah. Dengan penuh kebiadapan Muhyiddin menuduh kerajaan negeri Kedah tidak menghulur bantuan kepada rakyat Kedah. Dituduhnya MB Kedah tidak ambil tahu keadaan mangsa banjir. Padahal sejak awal banjir lagi MB Kedah dan EXCOnya telah meredah banjir dengan berperahu untuk menghulurkan bantuan kepada rakyat yang ditimpa musibah banjir. Tapi, dengan bantuan anjing-anjing belaanya yang terdiri daripada media-media yang tidak bermaruah seperti Utuseks Malingsia dan TV3Suku, Muhyiddin berjaya menghina Kedah habis-habisan. Syukurlah Sultan Kedah bangkit dan tampil membela Kerajaan Kedah pimpinan Ustaz Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Kepada seluruh warga Kedah, janganlah sesekali membenarkan barua-barua penjajah seperti Muhyiddin Yassin memijiak bumi Kedah. Haramkan bumi Kedah dari dinajisi oleh manusia yang jijik dan keji bernama Muhyiddin. Bumi Kedah terlalu suci untuk dipijak oleh manusia kotor bernama Muhyiddin.

Jika rakyat Johor bangkit membantah kedatangan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ke negeri itu atas alasan Lim Guan Eng telah menghina negeri Johor, maka atas alasan yang sama, tolong haramkan kedatangan Muhyiddin ke negeri Kedah.

Bantah dan halanglah dengan apa sahaja asalkan manusia yang jijik dan kotor bernama Muhyiddin Yassin tidak dapat menyentuh walau seinci pun bumi Kedah.

Tunjukkan kepada dunia, sesungguhnya rakyat Kedah bermaruah tinggi dan ada harga diri. Jika rakyat Johor boleh mengadakan demontrasi membantah Lim Guen Eng yang dianggap menghina Johor, maka rakyat Kedah juga perlu adakan demontrasi atas alasan yang sama, sekiranya Muhyiddin Yassin datang ke Kedah.


Penduduk bantah kehadiran Guan Eng

SEGAMAT - Ratusan penduduk yang mewakili Suara Anak Johor berkumpul di padang Li Chi, Kampung Abdullah malam semalam di sini, bagi mengadakan demonstrasi aman membantah kedatangan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ke daerah itu.

Dalam demonstrasi itu, mereka membantah keras kedatangan Guan Eng yang hadir di restoran Siang Hai Kee untuk majlis makan malam bersama ahli DAP yang lain.

Sinar Harian :difahamkan bantahan itu antara lain berikutan kenyataan Guan Eng sebelum ini yang mengaitkan Johor sebagai negeri yang tidak selamat dikunjungi.

Dalam bantahan berkenaan kelihatan beberapa sepanduk dan kain rentang dipamerkan penduduk dengan tulisan ‘Amaran keras! Lim Guan Eng tidak layak berpijak di bumi Johor’, dan ‘Kami anak-anak Johor membantah kehadiran Lim Guan Eng ke bumi Johor’.

Kumpulan demonstrasi aman bagaimanapun disuraikan Polis selepas Guan Eng tiba sekitar 8.15 malam.

Ketua Wanita PKR Johor, Natrah Ismail berkata, kedatangan Guan Eng tidak mencetuskan sebarang masalah walaupun demonstrasi aman dilakukan di hadapan restoran berkenaan.

1 ulasan:

Cikli berkata...

muhyiddin memang bermasalah