Jumaat, 13 Januari 2012

Blogger Pakatan Rakyat Layak Menerima zakat.




Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh telah mempertahankan Menteri Penjaga Agama, Dato Jamil Khir Baharom dalam isu penyelewengan zakat. Kata Pakcik Mufti tu, Pemberian wang zakat kepada Menteri Penjaga Agama tu atas dasar asnaf Fisabilillah. Lantak kaulah Pakcik Mufti. Aku tahu kau tu dibela dan dipelihara oleh UMNO. Sapa tak kenal kau wahai Pakcik Mufti, bekas pegawai khas kpd Timbalan Perdana Menteri , Ghaffar Baba. Pakcik Mufti juga seorang ahli pemikir( think tank) UMNO.

Sebenarnya para blogger Pakatan Rakyat juga berhak dan layak menerima wang zakat kerana mereka dari kategori asnaf fisabilillah. Semua tahu para blogger Pakatan Rakyat adalah golongan pejuang yang gigih dan tabah menentang UMNO. Mereka mengorbankan masa dan tenaga untuk menjawab segala fitnah dari media-media belaan UMNO. Dan semua tahu, UMNO adalah sebuah parti warisan penjajah yang sentiasa memusuhi islam. Jadi, jelas lagi bersuluh, para blogger Pakatan Rakyat berhak menerima wang zakat.


1 ulasan:

shameel Iskandar berkata...

kena tanya majlis fatwa dulu tu bro. hahaha