Sabtu, 30 Julai 2011

JARINGAN MELAYU MALAYSIA PERLU CERMIN DIRI SENDIRI


Jaringan Melayu Malaysia (JMM) telah bertindak menyerahkan satu memorandum bagi mendesak Majlis Peguam supaya tidak dipengaruhi dan mencampuri isu yang dibangkitkan oleh mana-mana parti politik.
Yang Dipertua Kebangsaan JMM, Azwanddin Hamzah berkata, sejak kebelakangan ini, tindak-tanduk majlis itu bersifat prejudis, berat sebelah berpaksikan satu parti politik selain tidak menjalankan peranan menjaga kepentingan masyarakat.
Katanya, JMM juga meminta Majlis Peguam memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana bersikap prejudis terhadap beberapa isu khususnya bertindak menyebelahi sebelah pihak sahaja sedangkan mereka seharusnya menghormati sistem perundangan negara.
"JMM ada bukti yang menunjukkan penglibatan ahli Majlis Peguam dalam parti DAP termasuk mendaftar sebagai ahli serta beberapa kali mengadakan mesyuarat bersama pihak parti pembangkang…..


ULASAN JIWA HAMBA.

JH sokong 100% seruan JMM agar NGO tidak terlibat dalam politik secara langsung. Tapi, JH amat benci dan meluut dengan species ketam yang cuba mengajar anaknya berjalan. Siapakah ketam yang dimaksudkan, jawapannya ialah JMM. JMM meningingatkan JH kepada peribahasa orang tua-tua yang berbunyi “ memaku dulang, paku yang serpih. Mengata orang dia yang lebih.”
Siapa tak kenal dengan JMM, sebuah NGO yang agak racis. JMM juga bersifat pro BN dan anti-PR.

Jadi, JMM sepatutnya mencermin diri sendiri sebelum menyakahkan orang lain. Dalam beberapa kes, JMM telah bertindak di luar kewarasan dengan melabelkan pemimpim pembakang, termasuk Dr Haron Din sebagai syaitan bertanduk. JMM juga telah mendesak agar portal media yang pro- pembakang seperti Malaysia Kini dan The Malaysian Insider diharamkan serta-merta.

Jadi, JH mengharapkan agar JMM bersifat professional. Kamu tu dah dewasa dan jangan berperangai macam budak-budak yang belum bersunat.

1 ulasan:

Pencinta Keamanan berkata...

Datang buat huru hara, ceroboh & curi harta majlis peguam. tak ubah macam penyamun. banner pun salah tulis " Jaringan Melayu MALASYIA ",apa semua ni? nak tulis malaysia pun tak pandai,.. malu lah dengan JMM ni. patut jangan pakai nama MELAYU. memalukan. pakailah nama sendiri...