Khamis, 11 Ogos 2011

Rusuhan di UK, KERAJAAN perlu buka mata.



"Tindakan pantas PDRM kekang BERSIH, jaga keamanan patut dipuji."

Itulah yang ditulis oleh wartawan Berita Harian hari ini (11.Ogos.2011). Aku tertanya-tanya apa kaitan Rusuhan di UK dengan demontrasi Bersih 2.0. Adakah wartawan tersebut tersalah tulis atau sememangnya wartawan itu jahil dalam membuat analisis.

Semua tahu, demontrasi yang diadakan oleh Bersih adalah untuk menuntut pilihanraya yang adil. Dan, semua orang pun tahu, rusuhan di UK pula berpunca daripada sentimen perkauman yang tercetus ekoran pembunuhan seorang lelaki kulit hitam oleh polis. Ia berlaku di London dan kemudiannya merebak ke beberapa kota lain seluruh UK.

Malang sekali wartawan Berita Harian ini jahil politik dan isu semasa. Sepatutnya dia menegur kerajaan Malaysia agar membuka mata dan mengambil iktibar daripada peristiwa rusuhan di UK.Iktibar supaya Kerajaan Malaysia tidak bermain dengan api perkauman. Di Malaysia, parti yang memerintah negara, iaitu BN dan UMNO khasnya,amat merestui isu-isu perkauman.

Beberapa tahun kebelakangan ini,ekoran cacat dan lumpuh akibat kehilangan beberapa buah negeri ke tangan Pakatan Rakyat.BN umumnya dan UMNO khususnya ibarat orang gila yang sasau lagi nyanyuk. Pelbagai kemungkaran politik telah dilakukan untuk merampas kembali negeri-negeri yang dirampas oleh PR. Paling ketara ialah merestui isu perkauman.

Bermula dengan mencabar penganut-penganut Hindu berkelahi dengan mengadakan demontrasi sambil membawa dan memijak kepala lembu. Tapi, disebabkan penganut Hindu tidak melatah, maka kecewalah pemimpin-pemimpin UMNO.

Tak lama kemudian, keldai UMNO, iaitu PERKASA telah mencabar penganut Kristian berperang. Berahim Ali telah melancarkan perang sabil untuk memerangi penganut Kristian. Tapi disebabkan penganut Kristian tidak melatah, maka usaha UMNO yang berselindung di sebalik PERKASA ini gagal. UMNO kecewa lagi.

Langkah terakhir, PERKASA telah mengancam orang-orang cina sempena perhimpunan Bersih 2.0. Nyawa dan harta orang cina terancam. Tapi orang cina bertindak matang dengan tidak melayan karenah dan provokasi Berahim Ali yang terkenal sebagai kebudak-budakan itu.

Kesemua isu-isu perkauman ini dilakukan dengan restu UMNO. Lihatlah kenyataan-kenyataan Menteri-menteri bermazhab UMNO. Kesemuanya merestui tindakan-tindakan PERKASA. Jadi, kepada Kerajaan perlulah buka mata seluas-luasnya dan buka telinga sebesar-besarnya. Apa yang berlaku di UK, perlulah dijadikan iktibar. Jangan cuba bermain dengan api perkauman nanti negara akan hangus terbakar.

7 ulasan:

M[i]$Z[a]C[k] berkata...

biase lah tu.. surat khabar pon dah xtelus.. kesian rakyat.. ish3

Jiwa Hamba berkata...

M[i]$Z[a]C[k].
Rakyat akn trus trtipu sbb mengharapkan media prima perdana yg kena kontrol oleh BN

Tokan berkata...

kadang kala jiwa sangat memberontak..... tetapi kita perlu hadapi dan tangani suara media arus perdana kita dengan cara yang lebih berhikmah dan sabar....

LaNuNsepet berkata...

Teruskan sahabat.. satu ulasan yang baik.

Afida Anuar berkata...

Aduhh hak tu pun nak dipolitikkan.. Pening dah rasanya kerajaan skrang ni...errr

si para para berkata...

yang herannya masih lagi ada pak turut yang percaya dan menganggukkan kepala macam 'pokke'.
mana nilai kita sebagai manusia, insan yang di beri akal fikiran untuk berfikir.
adakah kerana wang 3,4,5ratus ringgit setahun yang di suap membuatkan kita menerima fitnah dengan bulat bulat.
rasa marah dan kecewa rakyat kini membuak buak. sampai masa ianya takkan dapat di halang.

pru13 kita buktikan.

kalau masih tidak bersih seperti yang rakyat harapkan, kita guna saluran yang ada.

jalan raya barangkali..

Cikli berkata...

saya sokong analisis tuan.
media sepatutnya cerdik bukan spin.