Ahad, 14 Ogos 2011

Apabila Ketua Polis Negara Menjadi Raja Lawak.






Ketua Polis Negara meminta agar semua pihak tidak mengambil tindakan yang boleh merosak dan memecah belahkan perpaduan kaum di negara ini.

Tan Sri Ismail Omar berkata perkara itu sangat penting dalam mengekalkan keamanan di negara ini.

"Kita harap jangan ada pihak yang cuba memecah belahkan keharmonian kaum di negara ini, kita sudah berpuluh tahun tinggal bersama-sama dan menghormati sesama kaum…..selanjutnya sila baca SINI.

ULASAN JIWA HAMBA
Kenyataan Ketua Polis Negara ini bukan sebarang lawak tapi sudah mencapai tahap Maharaja Lawak. Inspektor Shahab dalam filem Hindi pun tak pandai buat lawak macam ni. Wahai Ketua Polis yang aku hormati, jika perpaduan kaum yang kau inginkan, cubalah kau lihat rentetan peristiwa Maha Racis yang direstui oleh KERAjaan.

Wahai Ketua Polis Negara, lupakah kamu terhadap perarakan Maha Racis yang membawa dan memijak kepala lembu kerana membantah pemindahan sebuah kuil hindu di Shah Alam. Semua tahu dalangnya adalah UMNO Selangor,…sila baca SINI. Demontrasi ini berupaya mengundang perbalahan antara penganut islam dan hindu. Tidakkah kamu tahu Wahai Ketua Polis Negara,sejarah telah merakamkan kroniknya masalah perpaduan di India kerana perbalahan antara penganut Hindu dan Islam.

Tidakkah kau tahu betapa ribuan nyawa telah terkorban sejak berlakunya perbalahan antara penganut Hindu dan Islam di India, termasuklah insiden meruntuhkan Masjid Babri di Ayodhya. Mengapa tidak kau tangkap dan penjarakan samseng-samseng belaan United Malays No Otak(UMNO) itu.

Tertutupkah mata kamu wahai Ketua Polis Negara, apabila Berahim Ali, pemimpin PERKASA mengistiharkan peperangan terhadap penganut Krisitan. Dengan penuh kurang ajar, lelaki BERJIWA KATAK itu membuat kenyataan terbuka dengan mencabar orang-orang Kristian berperang. Apa tindakanmu wahai Ketua Polis Negara. Mugkin kau tidak tahu episod-episod rusuhan berdarah antara penganut Kristian dan Islam.

Lihatlah apa yang berlaku di Bosnia ketika tercetusnya peperangan antara orang-orang Serbia yang beraliran Ortodoks Krisitan dengan penduduk etnik Bosnia yang beragama islam. Tahukah kamu 200 ribu orang telah terkorban dalam peperangan tersebut dan dan 65 % daripadanya adalah penganut islam Bosnia. Lupakah kamu Wahai Ketua Polis Negara terhadap perbalahan antara umat islam dan Kristian di Ambon Indonesia. Atau mungkinkah kamu buta sejarah wahai Ketua Polis Negara.

Wahai Ketua Polis Negara yang aku kasihi, mengapa kau diam seribu bahasa atau sudah bisukah kamu apabila PERKASA mengancam keselamatan orang-orang cina sempena perhimpunan Bersih 2.0. Ancaman yang mengugat nyawa dan harta orang cina jika terlibat dalam demontrasi halal yang KERAjaan haramkan. Lupakah kamu wahai Ketua Polis Negara betapa dahsyatnya peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 yang tercetus antara orang Melayu dan Cina.

Mengapa tidak kau penjarakan sahaja Berahim Ali dan mengapa tidak kau haramkan sahaja PERKASA. Aku tertanya-tanya hingga ke detik ini. Cuma, aku mengandaikan kau, wahai Ketua Polis Negara sememang buta sejarah.

2 ulasan:

si para para berkata...

saat saat terakhir bagi sesebuah kerajaan..

MOH KEMBARA berkata...

Salam Ziarah, pe kabar? Semoga sihat. Tak lama lagi nak PRU, tu gomen create pelbagai kontroversi agama dan kaum.