Isnin, 10 Oktober 2011

GENERASI FACEBOOK AKAN MENGHAPUSKAN UMNO



Ledakan Teknologi Maklumat merupakan ancaman terbaru kepada parti warisan penjajah, iaitu UMNO. Dulu, berbekalkan media arus perdana UMNO berjaya membutakan mata dan memekakkan telinga rakyat. Berbekalkan media arus perdana, UMNO dinobatkan sebagai WIRA MAHA PENYELAMAT. Berbekalkan media arus perdana, UMNO dianggap jaguh membela rakyat.

Hari ini, media alternatif mula mengambil tempat. Segala pembohongan UMNO mula didedahakan. UMNO yang dahulunya dianggap sebagai DEWA PENYELAMAT, tapi kini telah dianggap sebagai IBLIS LAKNAT. Utusan Malaysia, Berita Harian, TV1, TV2 dan TV3 sudah dianggap lapuk dan tidak releven. Malaysia Kini, The Malaysian Insider, Harakah Daily dan Keadilan Daily mula diminati dan dicari oleh penagih maklumat terkini dan pencinta fakta yang hakiki.

Sedarlah wahai Najib, genarasi sekarang sudah tidak pekak dan buta. Mereka generasi Facebook dan Blogger. Mereka akan kuburkan UMNO durjana.


Luar bandar juga akan tolak BN nanti

PAS yakin, penduduk luar bandar juga akan menolak BN sedikit waktu lagi dengan perkembangan pesat teknologi maklumat yang ada sekarang.

Ini kerana, BN tidak akan mampu mengawal media sebagaimana yang dilakukannya sekarang sehingga menyebabkan BN hanya disokong pengundi luar bandar.

Demikian kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dalam kenyataanya kepada Harakhdaily.

Sehubungan itu, Perdana Menteri diberikan ingatan, dengan teknologi maklumat yang ada sekarang, penduduk luar bandar juga akan menolak BN apabila mereka mendapat maklumat yang tepat nanti.

"Walaupun penduduk luar Bandar tidak begitu pantas untuk mendapat maklumat semasa dan menapis propaganda BN, namun anak-anak mereka yang akan menyalurkan maklumat kepada ibu bapa dan orang kampung," katanya.

Idris berkata, ini akan berlaku kerana sebahagian besar penjawat awam dan eksekutif swasta berasal daripada luar bandar, dan merekalah yang menjadi duta maklumat Pakatan Rakyat di kawasan luar Bandar ketika mereka pulang ke kampung di hujung minggu.

"Fenomena ini bersedialah BN akan menjadi parti pembangkang di negara ini selepas PRU 13 apabila tembelang BN sudah diketahui oleh rakyat termasuk penduduk luar bandar," katanya.

Beliau memetik ingatan bekas presieden Amerika, Abraham Lincoln ada menyebut “Kamu boleh berbohong dalam satu masa, tetapi kamu tidak boleh berbohong dalam semua masa”

Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini melahirkan rasa bimbangnya kerana BN hanya parti yang disokong oleh penduduk luar Bandar sahaja.

Ia mengharapkan seluruh jentera BN bekerja keras supaya menarik perhatian penduduk bandar supaya menyokong BN.

"Inilah luahan rasa kebimbangan beliau ketika memberi taklimat kepada jentera BN Wilayah Persekutuan 9 Oktober 2011.

"Persoalannya sampai bila BN mampu mempertahankan sokongan di kalangan penduduk luar bandar sahaja? " soal Idris.

Bagi beliau, dunia sekarang sudah menjadi seperti satu kampung di era lebuh raya maklumat.

Sedikit masa lagi penduduk luar Bandar juga mampu memiliki kemudahan yang sama, pada waktu itu di manakah BN mahu bersembunyi.

Penduduk bandar yang mempunyai kelebihan untuk akses maklumat dengan lebih cepat tidak lagi boleh ditipu oleh media perdana BN malahan sebahagian besar mereka membakul sampahkan sahaja segala maklumat yang keluar daripada propaganda BN, katanya.

3 ulasan:

a.samad jaafar berkata...

satu lagi pejuang menerusi blog..tahniah dan syabas saudara.. teruskan berjuang..saya follow sbg tanda sokongan..

Tanpa Nama berkata...

mesir dah jadi....

jadi kita tak lama lagi leee...

kah kah kah...

pena marhaen berkata...

Kita teruskan berjuang dalam apa jua bentuk dan cara sekalipun dengan satu matlamat..kerana Allah SWT. Insya-Allah kebenaran akan terlaksanan pada PRU-13 nanti.