Isnin, 25 Julai 2011

MKN kaitkan Asri, ulama Umno dengan Wahabi




Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini menimbulkan kebimbangannya terhadap beberapa tokoh agama di Malaysia, termasuk bekas Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang dikaitkan dengan fahaman Wahabi dan aktiviti terorisme.

Menurut sumber, dalam taklimat tertutupnya yang antaranya disertai mufti dan wakil majlis agama Islam negeri di Putrajaya hari ini, seramai 40 ulama muda Umno turut dikaitkan sama.

"Kerajaan Arab Saudi didakwa menjadi dalang di sebalik apa yang berlaku. Saudi dikatakan di belakang tokoh-tokoh ini," dakwa sumber itu.

Usaha Malaysiakini menghubungi pihak MKN - majlis bawah Jabatan Perdana Menteri - di Putrajaya untuk mengesahkan dakwaan tersebut setakat ini belum berhasil.

Menurut sumber, dalam taklimat lebih tiga jam bermula 9.30 pagi tadi, tokoh-tokoh yang disebutkan itu dikatakan 'dinaungi' kerajaan Arab Saudi dan beberapa lagi negara teluk seperti Kuwait dan Bahrain.
"Saudi juga dikatakan penyumbang kepada faktor kejatuhan kerajaan (empayar Islam Turki) Uthmaniyah (1299-1923)," dakwa sumber-sumber.

Dr Asri: Hati-hari sokong parti kerajaan

Seorang tokoh agama Selatan Thailand Ismail Lutfi juga dikaitkan dengan jaringan itu, tambah sumber.

Penceramah popular Dr Muhammad Uthman El-Muhammady dikatakan antara tokoh terlibat membuat pembentangan dalam majlis tertutup itu.

Tidak seperti ulama muda Umno, Dr Asri sebelum ini sudah pernah dikaitkan dengan aktiviti “terorisme agama” dalam taklimat anti-keganasan anjuran pihak polis.

Sementara itu, Dr Asri ketika dihubungi Malaysiakini secara sinis berkata tidak terkejut dengan dakwaan itu kerana sekarang ini "orang yang memakai baju kuning pun boleh dianggap komunis".

Bagaimanapun, tambahnya, beliau agak pelik tentang kedudukan ulama muda Umno - antara yang didakwa berhempas pulas mempertahankan kerajaan - juga boleh disenaraikan.

"Jadi, saya minta golongan ulama berhati-hatilah hendak berjasa dengan parti kerajaan," sindirnya yang pernah diurakan-urakan akan menyertai Umno bersama kumpulan itu sebelum ini.

'Tolak juga fahaman tak demokratik'

Dr Asri juga mempersoalkan kewajaran mengaitkannya dengan terorisme sedangkan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar (kiri) sendiri didakwa tidak keberatan memohon bantuan daripadanya dalam sesuatu isu.
Seminggu sebelum perhimpunan BERSIH2.0, ketua polis negara sendiri telefon saya untuk bantu tenteramkan masyarakat (yang hendak berhimpun). Takkanlah ketua polis negara menghubungi teroris?

"Semalam bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi menziarahi rumah saya di sini (Pulau Pinang), takkan sebesar ini jaringan teroris," katanya yang terkenal dengan kelantangan dan sifat sinikal itu.

Mengulas tentang kerajaan Arab Saudi yang dilibatkan sama, Dr Asri menyuarakan kebimbangannya terhadap kemungkinan terjejasnya hubungan diplomatik antara kedua-dua negara yang baik ketika ini.

Berhubung fahaman Wahabi, Dr Asri berkata, beliau berpendirian, aliran itu - merujuk kepada tafsiran menolak kepelbagai pandangan dalam agama - hendaklah ditolak seluruh umat Islam.

"Dalam masa yang sama, (kena) tolak juga fahaman yang tidak demokratik, yang anti hak rakyat, anti hak bersuara dan hak berkumpul rakyat.

"Ulama mesti fikir, fahaman tidak demokratik juga ancaman kepada negara pelbagai kaum seperti Malaysia," kata pensyarah di Universiti Sains Malaysia (USM) itu.



Aku Sangat Tertarik dgn Komen dari Dato Seri Shahidan Kassim

APAKAH WAJAR MKN MENGADAKAN SESSI DEMIKIAN RUPA, SETELAH MENTERI AGAMA ARAHKAN AGAR MAJLIS TERSEBUT DIBATALKAN ATAU DITANGGUH KERANA TOKOH2 YG MEMBERI TAKLIMAT TIDAK CUKUP ILMU MENGENAINYA.CONTOHNYA:
1)DR.UTHMAN MUHAMMADI MEMPUNYAI PENDIRIAN YG SAMA DGN MUHAMMAD ABD WAHAB TENTANG PEMERENTAH IAITU TIDAK BOLEH DERHAKA.KELAINANNYA, UTHMAN MUHAMMADI PERCAYA KEPADA BERKAT WALI YG TELAH MENINGGAL DAN BOLEH BERDOA DIKUBUR2 MEREKA SEMENTARA MUHAMMAD ABD WAHAB MELARANG.
NYA.(DATUK UTHMAN ADLAH PENGAMAL TARIKAT TAL 7 YG DIHARAMKAN).
2)TUDUHAN KEPADA KERAJAAN SAUDI BOLEH MEMBAWA KEPADA IMPLIKASI HUBUNGAN DIPLOMATIK YG KURANG BAIK.INDONESIA DGN PENDUDUKNYA LEBIH 230 JUTA BERAGAMA ISLAM TIDAK PERNAH BERBUAT DEMIKIAN.DEMIKIAN JUGA NEGARA2 TIMUR TENGAH YG LAIN LAIN.APAKAH HUBUNGAN BAIK MALAYSIA BOLEH DIROSAKKAN OLEH UTHMAN MUHAMMADI DAN MKN SAJA? KAMI MAJORITI RAKYAT NEGERA INI TIDAK REDZA.
3)PENCERAMAH SEORANG LAGI DIPENGARUHI OLEH FAHAMAN AHBASH YG MILITANT..
KAJIAN CETEK MKN DAN SELEPAS ITU MEMBUAT KESIMPULAN KESELAMATAN ADALAH SATU PERBUATAN YGN TOLOL DAN BODOH.

Rujukan :

2 ulasan:

Pacifist berkata...

salam ziarah.
frasa "taat kepada pemerintah" memberi banyak konotasi.iaitu taat yg bagaimana dibenarkan dlm Islam.
1)adakah semata2 dia menjadi pemimpin kita.kita kena taat sepenuhnya/akur dgn segala tindak tanduknya?
2)adakah semata2 dia mengucap 2 kalimah syahadah sama spt kita sudah cukup menjadikan dia seorang
Islam yg sempurna?
inilah nasib yg menimpa kebanyakkan negara umat Islam di dunia.Apabila pemimpinnya seorang Islam
dan mengucap 2 kalimah syahadah spt kita ttp tindak tanduk tiada beza dgn pemimpin kafir.Dan ulama berselisih pendapat bagaimana menghadapi pemimpin jenis ini.
-ada yg akur kerana dia (spt no 1 dan 2 diatas)
-ada yg menentang pemerintah dlm konsep demokrasi (pilihanraya)
-ada golongan yg kononnya mengikut sunnah nabi.Menunggu kekuasaan diserahkan kpd mereka(tanpa berbuat apa) utk mewujudkan sistem khalifah
-ada golongan yg asyik dgn kerohanian tanpa mempedulikan konsep kenegaraan Islam konon apa2 di luar lingkungan mereka telah mewujudkan pepecahan sesama Islam.
-ada golongan yg tidak menghiraukan langsung apa -apa,janji dpt hidup,tidur, makan
kesimpulan,pepecahan sesuatu yg tidak dpt dielakkan.sejak awal penciptaan manusia telah terjadinya pepecahan.tiada yg akan bersatu kecuali dgn iktikad yg diyakini.berpecah dr golongan yg batil menuju golongan yg hak.Wallahua'lam

Mak anak tiga berkata...

haish~~bende2 mcm ni sy no komen..