Jumaat, 29 Julai 2011

SINGAPURA MENANG KERANA TENTERA UPAHAN



Pasukan Singapura menang kerana menggunakan ‘tentera upahan’ yang diimport dari beberapa buah negara. Ini kemenangan yang tidak berhak untuk dibanggakan.

Semua tahu, jaringan gol penyamaan pada minit ke-71 dihasilkan oleh Shi Jiayi, seorang ‘tentera upahan’ dari China.

Dulu, Kesultanan Melayu Melaka turut menggunakan tentera upahan dari Jawa untuk menjaga kedaulatan Melaka, tapi bila Portugis datang menyerang Melaka pada tahun 1511, tentera upahan ini lari meninggalkan Melaka.
Ketika berhadapan dengan kebangkitan Jambi, Kerajaan Johor juga telah mendapatkan bantuna tentera upahan yang terdiri daripada tentera-tentera Bugis. Tapi akhirnya orang-orang Bugis turut mengancam Kesultanan Melayu Johor.

Jiwa Hamba paparkan semua ni sebagai pengajaran sebab tak lama lagi, tentera upahan akan turut mewarnai bola sepak tempatan. Mungkin wira-wira tempatan seperti safee Sali, Syafiq Rahim, Norshahrul Idlan Talaha akan menjadi sejarah

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

saye suke pendapat awak

Unknown berkata...

setuju... apa kelas pakai "tentera upahan" nak tau terror ke tak... guna la pemain tempatan, itu pun kalau derang tu tak pandai berlakon utk melambat-lambat kan masa...

Mak anak tiga berkata...

huhu~~ ingat tentera ape td..

Unknown berkata...

terima kasih semua atas komen. saya hargai komen anda semua.