Selasa, 16 Ogos 2011

Apabila SPR mendengar Wahyu dari Putrajaya.

KUALA LUMPUR: Tuntutan lapan perkara yang dikemukakan Bersih 2.0 wajar dilaksanakan memandangkang begitu banyak pendedahan berhubung kepincangan sistem pilihan raya selepas perhimpunan 9 Julai lalu.

Bermula dengan isu pengundi berusia lebih 100 tahun, pengundi yang memiliki taraf Penduduk tetap (PR) dan pelbagai kesilapan dalam daftar pemilih SPR, kini timbul  isu pengundi bertindih atau pengundi klon.
Semalam, Ketua Pemuda Pas Johor, Suhaizat Kaiat mendedahkan identiti pengundi klon tersebut yang bukan sahaja memegang dua nombor pengenalan diri, tetapi juga memiliki dua nombor keahlian Umno.

Penemuan itu berdasarkan semakan di laman web SPR, Jabatan Pendaftaran Negara  (JPN) dan data keahlian anggota Umno.
“Mustahil jika SPR tidak tahu perkara ini berlaku kerana bukan 10 hingga 20 nama, tetapi pihak kami mendapati beribu-ribu individu mempunyai nombor kad pengenalan sama cuma berbeza pada dua digit terakhir,” katanya.

Menurut Suhaizan, berdasarkan bukti berkenaan, besar kemungkinan sistem pemilihan dalam Umno juga dilaksanakan dalam suasana  kotor.
“Jika terbukti Azhar Bin Ahmad, Besah Binti Mat dan Mansor Bin Ahmad pernah mengundi dua kali dalam pemilihan peringkat cawangan maka mungkin banyak mesyuarat cawangan Umno menjadi tidak sah.

“Apabila tidak sah, maka pengerusi yang dipilih juga tidak sah,” kata beliau.
Suhaizan juga menambah, isu itu juga membuktikan sistem biometrik yang mahu dilaksanakan kerajaan tidak praktikal berdasarkan kelemahan tersebut.
“Sistem biometrik ini banyak masalah misalnya tidak semua tempat mempunyai internet yang baik, ia nya sistem yang tidak praktikal,” kata beliau.




Ulasan Jiwa Hamba:
SPR bertindak berdasarkan Wahyu dari Putrajaya. Jadi tak perlu hairan.

Tiada ulasan: