Rabu, 17 Ogos 2011

Najib bayar jutaan ringgit kepada Media Barat untuk mengharumkan namanya



Stesen penyiaran antarabangsa BBC mengakui bahawa ia telah menyiarkan rancangan yang diterbit oleh sebuah syarikat perhubungan awam yang diupah oleh kerajaan Malaysia kepada jutaan penonton di seluruh dunia.

Walau bagaimanapun semua rancangan yang dibekalkan oleh syarikat perhubungan awam yang berpangkalan di London itu, FBC Media Ltd telah digantung. Sejak 2009, syarikat itu telah menerbitkan sekurang-kurangnya empat dokumentari mengenai Malaysia.

Menurut akhbar The Independent, BBC dalam satu kenyataan berkata bahawa "FBC telah mengaku kepada BBC bahawa ia bekerja untuk kerajaan Malaysia".

"Maklumat itu tidak didedahkan kepada BBCseperti sepatutnya apabila BBC memberikan kontrak kepada FBC bagi membeklakan program atau rancangan kepadanya. Berikutan perkembangan ini, BBC telah membuat keputusan untuk tidak lagi menyiarkan rancangan daripada FBC sementara ia mengkaji semula hubungan dengan syarikat itu," kata BBC dipetik akhbar itu.

The Independent juga sedang menjalankan siasatan sama ada mana-mana bahan yang dibekalkan oleh FBC itu melanggar garis panduan BBC berhubung laporan tidak berat sebelah.

Ulasan Jiwa Hamba.
Najib kau memang suka menghabiskan duit rakyat. untuk Rasmah sudah jutaan ringgit kau bazirkan. untuk BN pun jutaan ringgit kau jolikan. itu duit rakyat dan bukan duit bapak kau Najib.

Jiwa Hamba tertarik dengan komen dari Ipoh Mali. Jiwa Hamba paparkan kat sini.
Alahai NAJIB... lu Kantoi lagi. Tolong lah rentikanlah Bayaq Yahudi..Bayaq Negara Barat pakai Duit Rakyat nak Naikkan Imej lu... kalau dah rosak..rosak la.. Bayaq APCO 77juta.. FBC 15juta.. Semua ni duit Rakyat! Sampai Bedah Lutut pun Pakai Import Dr pakar Amerika.. Bayaq Penasihat Ekonomi Barat pun habih 44juta.. Semua ni duit rakyat! Bukan Duit UMNO.”

Tiada ulasan: