Selasa, 27 September 2011

MAT SABU BAPA SEJARAH MALAYSIA



Semua warga Malaysia perlu berterima kasih kepada Mat Sabu. Malah Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial ,Profesor Dr Mohmmad Redzuan Othman ketika Wacana Merdeka Anjuran Jabatan Sejarah Universiti Malaya, pada 23 September 2011, ada menyebut, tanpa Mat Sabu yang mencetuskan isu sejarah, beliau yakin isu sejarah ini tidak akan menjadi hebat. Beliau turut mengakui, para ahli akademik ada had dan kadar yang membataskan mereka memberi komen yang tidak sealiran dengan establishment(kerajaan).

Kerana Mat Sabu, nama tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan yang cuba dipadam dan dipendamkan oleh UMNO kembali diselongkar dan dibongkar. Selama ini, warga Malaysia ditipu oleh UMNO, seolah-olah kemerdekaan adalah kerana titik peluh pemimpin-pemimpin UMNO.

Padahal UMNO adalah anak emas penjajah British, dan UMNO satu-satunya parti yang direstui oleh British ketika itu. Syabas buat Mat Sabu dan dengan ini amat layak untuk kita istiharkan Mat Sabu sebagai BAPA SEJARAH MALAYSIA.


'Sabuisme' cetus minat sejarah, kata professor


Ucapan kontroversi Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berhubung isu Mat Indera secara tidak langsung merancakkan perbahasan baru berhubung sejarah tanah air, kata Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya.

Sambil menyifatkannya sebagai fenomena "Sabuisme", Prof Datuk Mohamad Abu Bakar berkata, ia selari dengan erus globalisasi dan tuntutan pelbagai pihak supaya versi lain dirakamkan bersama dalam penulisan sejarah.

"Saya baru-baru ini dalam satu forum dengan Mohamad Sabu, puluhan ribu orang hadir. Di Jabatan sejarah baru-baru ini ratusan hadir.

"Sebelum itu, kalau forum pukul 8, pukul 8.30 baru orang hadir," kata Dr Mohamad sambil disambut ketawa kira-kira 500 yang hadir dalam forum "Wajarkah sejarah ditulis semula" anjuran Sinar Harian di Shah Alam hari ini.

Turut menjadi ahli panel Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Mohd Puad Zarkashi, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution dan sejarahwan Prof Datuk Ramlah Adam.

Mohamad menjelaskan lagi, beliau dapati berlaku lonjakan berhubung minat orang awam bagi membincangkan persoalan sejarah kemerdekaan tanah air akhir-akhir ini.

Bagaimanapun, beliau menolak fenomena apabila fakta dan tafsiran sejarah ditentukan oleh ahli politik kerena ia boleh bertukar dalam sekelip mata sahaja.

"Kalau politik saja (tentukan), bukan sahaja bila tukar kerajaan, tukar menteri pelajaran sahaja sudah tukar (tafsiran sejarah)," katanya lagi.

Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu mencetuskan polemik hangat apabila ucapannya pada 21 Ogos lalu mengenai tragedi Bukit Kepong dan Mat Indera mencuri perhatian banyak pihak.

Debat itu berlarutan kepada isu sama ada Tanah Melayu pernah dijajah dan membawa pemimpin PAS itu didakwa di mahkamah kerana menyifatkan pasukan polis yang mempertahankan rumah pasung Bukit Kepong sebagai "polis British".

5 ulasan:

Ringgo berkata...

Dan kerana Mat Sabu lah Sejarah negara kita mula bersinar , mula ramai yang mencari / mengkaji semula susurgalur perjalanan yang dulu yang kian kabur dan menghilang ..

Pejuang / Pahlawan yang dulunya dilupakan jasa , hilang ditelam masa .. kini diangkat kembali , dianugerahkan pingat dan pangkat .. dan diberi imbuhan dan hadiah kerana jasa & bakti yang terlupa puluhan tahun dahulu ..

yang tidak tahu tentang Bukit Kepong sudah mula bertanya2 tentangnya , Siapakah Mat Indra , Tok Janggut , Dato Bahaman , Mat Kilau .. telah mula dicari oleh anak2 muda sekarang ..

tapi beliau yang telah menyemarakkan & menyegarkan ingatan kita tentang sejarah bangsa kita didakwa dimahkamah kerana menimbulkan kembali sejarah negara kita ini!!!

MOH KEMBARA berkata...

Assalamualaikum Yob,

Salam ziarah. Memang betoi pun. Sejarah kita ni cam tak lengkap dan berat ke satu sudut, banyak lobang! Kena overhaul balik dan di review dan interpritasi dgn lebih objektif.

KANDIS berkata...

aku suka pekataan tuh "Sabuisme"

Cikli berkata...

setuju.

pena marhaen berkata...

Kalau tak abg Mat yang bangkitkan isu ni, semua pasti akan terus menerus jadi buta sejarah. Syabas Abe Mat...