Selasa, 4 Oktober 2011

Bajet 2012: CUEPACS harap bonus dua bulan diluluskan


Aku sokong sangat perjuangan CUEPACS yang memperjuangkan kebajikan penjawat awam. Aku juga berharap benar agar tuntutan CUEPACS makbulkan oleh KERAjaan.

Tapi tentang tuntuan supaya umur persaraan kakitangan awam dilanjutkan dari 58 kepada 60 tahun tu aku sangat tak setuju. Ini akan menutup ruang dan pelaung kepada anak-anak muda untuk menyumbang bakti.

Mereka tamat pengajian di Universiti seawal usia 23 tahun( jika lulusan matrikulasi) dan 24 tahun(jika lulusan STPM), bayangkanlah betapa terbebannya mereka untuk mencari pekerjaan sebab golongan veteran ni masih lagi memenuhi segenap jawatan dalam perkhidmatan awam. Tambahan pula mereka ini terpaksa pula melunaskan segala hutang PTPTN.

Okt 4, 11 5:12pm

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berharap beberapa tuntutan yang dikemukakan kepada kerajaan akan diluluskan dalam pembentangan Belanjawan 2012, Jumaat ini.

Berita gembira kepada kakitangan kerajaan ini tidak mustahil dan kita telah menanti sekian lama. Kita faham kalau dahulu tidak dapat laksanakan (tuntuan) kerana faktor ekonomi semasa.

"Tapi kini tiada apa yang menghalang tuntutan itu diluluskan memandangkan ekonomi bertambah baik dan tuntutan ini pun untuk menaikkan taraf perkhidmatan penjawat awam untuk keluar daripada beban kewangan selain meningkatkan mutu perkhidmatan," katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

Tuntutan berkenaan adalah semakan semula Sistem Saraan Malaysia (SSM), menaikkan umur persaraan daripada 58 tahun kepada 60 tahun, pemberian bonus dua bulan kepada penjawat awam dan pelaksanaan Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (PROSPEK) bagi menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK).

Omar berkata tuntutan ini hanya cadangan sahaja dan tertakluk kepada kemampuan kerajaan untuk meluluskannya.

1 ulasan:

pena marhaen berkata...

Saya sokong pendapat saudara..bukan sahaja menyekat golongan muda, malah sudah pasti akan menjejaskan mutu produktiviti. Maklumlah, umur dah meningkat, kerja dah lama sudah pasti bosan untuk berkhidmat lagi..