Rabu, 17 Ogos 2011

Bekas tentera dakwa mengundi 'sampai lenguh'



Seorang bekas anggota tentera mendakwa, beliau telah menanda ribuan kertas undi pos semasa bertugas sebagai kerani tadbir ketika pilihan raya ketujuh dijalankan.

Kamarulzaman Ibrahim, 53, mendakwa beliau bersama beberapa lagi rakannya diarahkan supaya berbuat demikian oleh pegawai pemerintahnya.

Beliau mengaku berbuat demikian sepanjang tiga hari menjalankan tugas berkenaan di Kem Terendak, Melaka.

Katanya, beliau telah menanda kertas undi berkenaan "sehingga lenguh tangan" dan turut menandatangan setiap borang yang dikepilkan bersama kertas undi tersebut.

Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat PAS hari ini, Kamarulzaman berkata, beliau berbuat demikian kerana "sekadar menurut perintah."

Selain Kamarulzaman, turut tampil membuat pendedahan hari ini ialah dua orang lagi anggota dan seorang pegawai tentera.

Sumber : Malaysia Kini

Ulasan Jiwa Hamba.
Terang lagi bersuluh, Pilihanraya di Malaysia amat tidak adil. Ia umpama bertarung di padang yang tidak rata. Tanpa undi pos, hayat BN akan berakhir dan hanya boleh dilihat di arkib negara sahaja.

1 ulasan:

syuxer berkata...

biasala dramaking dari parti pemerintah..aku sudah muak dengan drama ini..jujurlah berdemokrasi kalau betul amalkan konsep tersebut huhu..